Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

Gadis Pomen, Ramai Tertarik Dan Sanggup Letak Hantaran RM20 Ribu Untuk Memilikinya (3 Gambar)

loading...

KUALA TERENGGANU – Walaupun bidang automotif lebih sinonim dan didominasi golongan lelaki, ia bukan halangan buat pelajar Universal Centre Education Traning Employment (Unicete) yang diberi jolokan ‘gadis pomen’ untuk mengembangkan lagi minatnya.

Nor Sakira Awee, 20, dari Kampung Batangan, Marang berkata, dia telah didedahkan dengan kerja-kerja membaiki motosikal dan kereta sejak kecil kerana abangnya, Mohd Sabri, 26, mempunyai bengkel kereta di Kampung Tok Randok, Ajil.

Katanya, sejak itu, dia telah jatuh cinta dalam bidang itu dan mula belajar memegang sepana serta berjinak-jinak dengan kerja-kerja membaiki kenderaan ringan sebelum melanjutkan pelajaran dalam Sijil Kemahiran Automotif Servis Selepas Jualan di Unicete, Chendering, di sini.



“Mula-mula memang mak ayah saya tidak benarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam automotif, tapi bila nampak saya begitu bersungguh-sungguh, mereka akhirnya setuju, namun tidak benarkan saya sambung pelajaran di luar Terengganu.

“Mujurlah saya dimaklumkan Unicete ada di Chendering dan dapat melanjutkan pelajaran di sini walaupun saya satu-satunya pelajar perempuan dalam kursus itu dan 44 yang lain lelaki,” katanya yang akan menamatkan pengajian pada Mei 2018.

Anak kedua dari tiga adik-beradik ini berkata, buat masa ini dia membuat kerja sambilan di Maxoil Terengganu yang beroperasi di Ladang, di sini.

“Alhamdulillah, walaupun masih banyak ilmu yang saya perlu tambah, dengan kebolehan yang saya ada dan ilmu yang saya pelajari di Unicete, saya praktis di Maxoil.

“Setakat ini saya boleh buat kerja-kerja servis pelbagai jenis kereta termasuk tukar minyak hitam, tukar minyak gearbox dan membaiki kerosakan enjin kereta,” katanya yang menyimpan impian untuk membuka bengkel sendiri suatu hari nanti.

Nor Sakira yang lebih mesra digelar Kira berkata, walaupun minat dalam kerjaya itu memerlukan dia bergelumang dengan minyak, comot dan pakaian yang dipakai akan kotor, ia tidak menjejaskan minatnya.

“Bagi saya, bergelumang dengan minyak adalah perkara biasa kerana ia sinonim dengan minat saya dalam bidang ini.

“Walaupun ada sesetengah pihak memandang sinis penglibatan wanita dalam bidang ini, saya anggap ia sebagai cabaran bagi permulaan kerjaya saya,” katanya.
Wajar dijadikan contoh.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Maxoil Terengganu, Mohamad Hakim Fahmi Awang berkata, disebabkan minat mendalam dalam industri automotif, Maxoil Terengganu memberi peluang kepada Nor Sakira untuk mendalami bidang itu.

Katanya, gadis itu mempunyai minat mendalam dalam bidang berkenaan dan ia wajar dijadikan contoh dalam kalangan anak muda yang sebaya dengannya.

“Pada saya dia seorang yang betul-betul minat dalam bidang permotoran. Tak ramai wanita yang kita boleh jumpa ada minat macam malah dia seorang yang tidak memilih kerja. Sepanjang kerja bersama kami dia buat semua kerja-kerja ‘pomen’ yang lelaki buat.

“Dia tak kisah meniarap bawah kereta, cabut tayar kereta semua dia buat. Walaupun masih muda dan masih lagi belajar di Unicete, saya nampak dia ada masa depan yang baik kerana dia komited terhadap kerjaya,” katanya.


Sumber: sinarharian

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.