Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

(Gambar) Jijik, Pekerja Pasar Raya Bungkus Ayam, Sotong Dan Udang Atas Lantai

loading...
Persatuan Penggerak Pengguna Johor (PPPJ) telah mengesan tindakan seorang pekerja sebuah pasar raya di bandar raya Johor Bahru yang membungkus ayam, sotong serta udang hanya di atas lantai pasar raya berkenaan.

Naib Pengerusi PPPJ, Salleh Sadijo yang dipetik Utusan Malaysia berkata, tindakan pekerja lelaki tersebut dikesan ketika pihaknya sedang melakukan pemantauan harga barangan di pasar raya berkenaan bermula pukul 9 pagi.

“Tindakan pekerja pasar raya berkenaan jelas melanggar aspek kebersihan dan dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan pengguna.

“Kami telah menyalurkan aduan tersebut kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor supaya tindakan susulan dapat diambil,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

HMetro

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.