Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

Guru Liwat 41 Murid Sebagai Bayaran Upah Mengajar... Tergamaknya Dia !

loading...

JAKARTA – Seorang guru yang digelar Babeh (ayah) oleh murid ditahan kerana disyaki meliwat 41 kanak-kanak lelaki berusia 10 hingga 15 tahun.

Lelaki itu melakukan perbuatan itu kerana kononya upah untuk mengajar ilmu kebal.

Lelaki berusia 49 tahun yang hanya dikenali sebagai WS itu kononnya mampu mengubat termasuk mengajar ilmu kebal serta pengasih, ditahan pada 20 Disember lalu di kediamannya di Gunung Kaler, Tangerang.

Suspek berkata, dia mula melakukan perbuatan terkutuk berkenaan tiga bulan selepas isterinya bekerja di Malaysia.

Mangsa sering datang ke pondok yang terletak berhampiran sebuah sekolah pondok kerana mempercayai dia mampu mengubati penyakit secara tradisional selain mempunyai ilmu kebal.

“Susulan itu, mereka mahu belajar ilmu itu daripadanya dan diminta bayaran, namun apabila semuanya mengaku tidak berduit, suspek meminta ‘bayaran’ lain.

“Dia mendakwa semua mangsa bersetuju, namun mereka yang menolaknya diugut akan mendapat sial selama 60 hari sehingga akhirnya akur,” katanya.

Sebahagian daripada syarat pembelajaran mereka, suspek mengarahkan mangsa menelan logam bulat kecil didakwa sebahagian daripada syarat pembelajaran mereka.

Suspek berkata pondoknya pernah dibakar oleh penduduk kampung yang tidak berpuas hati apabila kanak-kanak terlalu kerap menemuinya.

Walaubagaimanapun mangsanya tetap datang ke pondok baru didirikan pada Oktober tahun lalu tidak jauh dari situ seterusnya membolehkannya meneruskan aktiviti berkenaan.

“Bagaimanapun, perbuatannya terbongkar pada 2 Disember lalu apabila seorang pelajar yang diliwat mengadu kejadian itu kepada ibu bapanya yang membuat laporan polis,” kata Jurucakap polis.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun bagi setiap tuduhan.

Editor:Farhana

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.