Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

Ini Jawapan Mengejutkan Sajat Bila Ditawarkan Berlakon Dengan Awie & Aaron Aziz... Memang Tak Sangka!

loading...
Pemilik nama sebenar Nur Sajat Kamarul Zaman ini berkata, beliau mengakui amat berbesar hati apabila pihak produksi filem berkenaan sudi menawarkan watak kepada dirinya.

Bagaimanapun, beliau terpaksa menolak tawaran tersebut ekoran terlalu terikat dengan komitmen kerja.

“Saya difahamkan filem bertema aksi itu akan menampilkan saya sebagai rakan perisikan bersama dengan Awie, ibaratnya saya yang mengajarnya bagaimana untuk melaksanakan satu tugas risikan.

“Jujur saya memang berminat untuk membintangi filem itu, apatah lagi ia turut membariskan ramai pelakon nama besar dan hebat,” katanya dipetik Harian Metro.

Menurut Sajat lagi, pihak produksi telah memaklumkan untuk memulakan penggambaran pada 4 Januari ini di sekitar Pulau Pinang.

Namun pada masa yang sama, beliau mempunyai pelbagai urusan yang harus diselesaikan antaranya berkaitan perasmian wisma miliknya di Shah Alam, pada 20 Januari depan.

“Dalam tempoh itu banyak perkara yang perlu saya berikan perhatian termasuklah urusan hiasan dalaman dan juga kedai emas yang akan mula beroperasi pada awal Januari.

“Bukan itu saja, seperti yang umum tahu saya juga akan muncul dengan single solo pertama, Makhluk Penggoda yang turut menampilkan kawan baik saya, Datuk Aliff Syukri,” ujarnya.

Katanya lagi, kesibukan dengan persediaan press conference yang bakal diadakan pada pertengahan Januari juga adalah faktor yang mendorong beliau untuk menolak tawaran berkenaan.

“Syarikat rakaman, Indigital Sdn. Bhd. telah mengaturkan sidang media dan sesi rakaman video lirik pada pertengahan Januari ini. Disebabkan kesibukan itu membuatkan saya tidak dapat menerima tawaran membintangi Operasi X.

“Saya anggap rezeki tidak berpihak kepada saya walaupun waktu sama memang saya sangat berminat untuk beraksi di samping Awie dan Aaron.

“Saya tidak boleh tamak untuk melakukan semua perkara dalam satu masa kerana bimbang yang dikejar tak dapat dan dikendong berciciran,” katanya.

Dalam pada itu, Sajat memohon maaf dan merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak produksi kerana sudi menawarkan watak bagi membintangi filem berkenaan. 

Sumber– MYNEWSHUB.CC/AM

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.