"Jiran Selalu Tanya Kepadanya Bila Nak Bayar BR1M" - Ibu
loading...
PEKAN – Kanak-kanak tahun dua Sekolah Kebangsaan Paloh Hinai di sini, Mohd. Najib Razak Jefree teruja apabila dapat bersua muka dengan pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Murid-murid Miskin Parlimen Pekan di sini hari ini.
Mohd. Najib Razak, 8, berbangga namanya sama dengan Perdana Menteri selepas dimaklumkan bapanya, Jefree Wahab, 49, beberapa tahun lalu.
Malah, namanya disenaraikan sebagai penerima pertama daripada 2,000 murid yang menerima sumbangan kelengkapan persekolahan pada majlis tersebut yang disempurnakan Najib.
Menurut ibunya, Siti Nor Faizah Sh. Harun, 40, ekorannya nama anaknya itu, rata-rata penduduk sering mengusik Mohd. Najib Razak mengenai status bantuan persekolahan dan Bantuan Rakyat 1Malaysia.
“Kelakar juga apabila kadangkala bila balik dari sekolah, ada jiran yang bertanyakan kepadanya bila nak bayar BR1M. Namun, saya menganggap itu sebagai gurauan dan berbangga dengan nama tersebut,” katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan. – UTUSAN ONLINE
Kredit TT