Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

Polis dedahkan insiden pelajar MRSM maut terjatuh dalam kolam sekolah

loading...
MUAR - Seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar di Bakri di sini berusia 16 tahun meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) hari ini selepas terjatuh ke dalam kolam renang di sekolahnya, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, mangsa, Lukman Al-Hakim Mohamad Hairil, pelajar tingkatan empat, dari Saleng, Kulai dipercayai terjatuh ke dalam kolam tersebut kira-kira pukul 5 petang, semalam ketika mahu mengambil bola yang terjatuh ke dalam kolam berkenaan.

“Sebelum kejadian, pelajar terbabit dipercayai sedang bermain bola tampar bersama sekumpulan rakannya sebelum bola tersebut terjatuh ke dalam kolam yang berhampiran.

"Mangsa yang cuba mengambil bola itu, tiba-tiba terjatuh ke dalam kolam berkenaan yang dianggarkan sedalam kira-kira 2.7 meter sebelum rakan serta pengawal keselamatan menyelamatkannya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke HPSF untuk mendapatkan rawatan lanjut bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia pada 4.30 pagi tadi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Bernama

Sumber Kosmo

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.