(4 Foto) "Hahaha..Kami Boleh Hancurkan Malaysia Dalam Satu Saat" - Media Israel Bongkak Dikecam Netizen
loading...
Pada minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah membuat satu pengumuman yang menggemparkan masyarakat dunia terutama umat Islam.
Beliau dengan bangga mengiktiraf Baitulmaqdis yang pernah menjadi kiblat pertama orang Islam sebagai ibu negara Israel.
Seperti dijangka, pengumuman itu tidak diterima oleh penduduk dunia dan menerima pelbagai kecaman dan kritikan oleh pemimpin dunia.
Memetik laporan Sinar Harian, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) difahamkan akan sentiasa bersiap siaga sekiranya menerima isyarat dan arahan dari pucuk pimpinan bagi menyumbang peranan sewajarnya seperti misi-misi sebelum ini.
"Saya yakin, sebagai Menteri Pertahanan, apa jua arahan daripada Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, akan terus kami junjung.” kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Namun, sebuah laman media sosial berita Israel, Jews News dengan sengaja mempersenda Malaysia serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mengakui bahawa Israel boleh memusnahkan Malaysia dengan hanya satu saat.
Seperti siap siaganya ATM untuk menggempur di medan perang, begitu jugalah keyboard warrior dari Malaysia yang telah melakukan serangan komen di dalam page tersebut sehingga penuh dengan kata-kata kesat, hinaan dan lawak yang buat netizen lain tak kering gusi membacanya.
Walau bagaimanapun, ada di kalangan netizen meminta segelintir pengguna media sosial untuk berhati-hati dalam percakapan kerana bimbang ia akan membahayakan tentera kita yang sedang bertugas di perbatasan. -www.kakishare.tv