(6 Foto) Dua Hari Lepas Kita Baru Cakap Rindu Sandwich Awak Buat, Tapi Harini Awak Dah Tinggalkan Kita
loading...
Tiada yang lebih sedih dan memilukan daripada kehilangan orang tersayang. Suami kehilangan isteri, anak kehilangan ibu dan ataupun kehilangan sahabat yang kita sayangi. Pasti semua kenangan dan memori yang kita ada bersama mereka akan kekal terpahat dalam sanubari.
Apatah lagi bila kita sempat berbual dan merancang sesuatu untuk bergembira bersama dengan mereka tanpa kita sedari mereka akan pergi. Tiba-tiba sahaja, semua kegembiraan tersebut bagai direntap dengan ganas takala menerima khabar duka orang yang kita kenal dan sayang sudah pegi meninggalkan kita buat selamanya. Bagaimana?
Itulah yang terpaksa dilalui oleh wanita ini yang dikenali sebagai Wawa Zainal apabila kehilangan seorang sahabat yang dia sayangi dalam kemalangan yang baru sahaja berlaku pagi tadi.
Berkongsi kesedihannya melalui satu kemas kini di laman sosial Facebook, dia turut memberitahu bahawa mereka sempat menyuarakan rasa rindunya selain teringin untuk merasa masakan rakannya itu dua hari lalu.
Malah wanita itu juga turut berkongsi gurauan yang sering dilakukan bersama rakannya itu yang berhajat ingin hidup berjiran suatu masa kelak. Namun semua hajatnya bersama arwah itu tidak kesampaian apabila mendapat berita sedih mengenai kehilangan sahabat baik buat selama-lamanya pagi tadi.
Mangsa bersama suaminya maut dalam kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa tersebut kira-kira jam 7.20 pagi tadi di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan berhampiran Kampung Teluk Memali ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
Menurut pihak berkuasa, kemalangan tersebut membabitkan sebuah lori dan Proton Saga yang dinaiki oleh dua orang wanita dan seorang lelaki.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah ketika mengesahkan kejadian tersenut memberitahu bahawa mangsa yang terkorban adalah dua orang wanita dan seorang lelaki yang menaiki kereta Proton Saga tersebut.
"Manakala pemandu lori dan kelindannya selamat. Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk tindakan lanjut," katanya.
Manakala jurucakap Jambatan Bomba dan Penyelamat Perak memberitahu bahawa anggota di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar mendapat maklumat kemalangan tersebut pada jam 7.26 pagi.
"Sebaik tiba di lokasi bomba mendapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta Proton Saga masuk ke dalam parit.
"Dipercayai tiga mangsa terperangkap di dalam kereta dan bomba membantu mengeluarkan mangsa," katanya yang turut memberitahu bahawa operasi tersebut diketuai oleh Zaipul Affendy Ahmad.
Sumber : Wawa Zainal, BH Online
Kredit SiakapKeli