Pernah Ditawar RM15,000 Untuk Gambar Bogel, Diajak Seks Dengan Peminat... Vokalis Floor88 Kongsi Cerita!
loading...
Floor88, sebuah band yang dikatakan berjaya meraih populariti luar biasa dalam sekelip mata menerusi single berjudul 'Zalikha'.
Namun difahamkan bahawa single tersebut berjaya sehingga mampu mencecah hampir dua juta tontonan setelah hanya dua bulan dimuat naik di laman Yotube sejak April lalu.
Walaupun lagu tersebut ramai mendapat sambutan hangat, oleh kerana populariti semakin mendadak, datangnya satu ujian yang lain pula buat salah seorang anggota kumpulan tersebut.
Vokalis band berkenaan iaitu Ayie Elham mengakui bahawa pernah ditawarkan sejumlah wang bernilai RM15,000 hanya untuk gambar bogelnya, baru-baru ini.
Ayie atau nama sebenarnya, Nik Fadlee Elhamshah memberitahu bahawa permintaan dan gangguan 'nakal' itu datangnya daripada seorang individu yang dipercayai peminatnya.
Menurutnya, individu tersebut yang tidak didedahkan identit itu telah menawarkan wang berkenaan melalui mesej yang dihantar secara peribadi di akaun Instagram miliknya.
Kata penyanyi itu memetik sebuah portal hiburan, "individu berkenaan meminta gambar bogel dari saya beserta tawaran sebanyak RM15 ribu, tetapi saya tidak menghiraukan mesej itu."
Dalam pada itu, selain insiden tersebut, Ayie juga turut mengakui bahawa terdapat segelintir peminat begitu berani bertindak di luar jangkaan dengan mengajaknya untuk melakukan hubungan seks. Namun jelasnya sebagai seseorang yang bergelar muslim dan masih berpegang pada ajaran Agama, Ayie tidak mudah melatah sebaliknya hanya mengabaikan sahaja perminttan mengarut itu.
Sumber: Mynewshub.cc. Editor: Atila Atasha