"Saya Tak Pakai Susuk Atau Saka...Saya Dianiaya" - Wanita Berwajah 'Hitam' Tampil Jelaskan Apa Yang Terjadi
loading...
Semalam viral di media sosial gambar seorang wanita yang bertukar menjadi hitam sehingga wanita tersebut difitnah oleh netizen.
Datin Nur Arifah Akalili akhirnya muncul untuk menjelaskan keadaan sebenar. Menurut Nur Arifah, dia telah dianiaya danmeminta netizen supaya berhenti menyebarkan gambarnya kerana ia menjejaskan periuk nasinya.
"Assalamualaikum kepada rakan-rakan Facebook. Saya empunya badan (yang diviralkan). Alhamdulillah sudah tahu siapa punya angkara yang telah menyakiti diri ini. Mohon kepada rakan-rakan berhenti viral atau share gambar-gambar tersebut bagi menjaga aib diri."
"Juga bagi mengelakkan fitnah rakyat-rakyat Malaysia yang suka menjadi 'hakim' sehingga melemparkan dakwaan 'datin bersusuk, bersaka dan sebagainya."
"Sesungguhnya saya telah dianiaya oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan busuk hati dengan menghantar 'benda' itu bagi menutup seri muka dan juga periuk nasi dalam bidang perniagaan."
"Hanya Allah yang mampu membalas perbuatan beliau dan berhati-hatilah bila berkawan."
Tambah Nur Arifah juga individu yang bertanggungjawab menyebarkan gambar itu juga telah tampil memohon maaf di atas kesilapannya.
"Mohon maaf kepada Nur Arifah Akalili. Saya post mohon maaf sebab saya yang mulakan post ini sehingga teraibkan kawan sendiri.
"Jangan ada yang kecam kakak ini guna-guna pakai-pakai segala jembalang bagai. Hakikatnya dia dikhianati oleh orang yang menghantar benda tak baik dengan niat menutup rezeki birdal dan seri muka kakak ini.
"Tolong viralkan permohonan maaf ini atas sebab bagi mengelakkan dari umpatan orang dan juga atas niat mahu menjaga nama baik si empunya badan serta perniagaannya.
"Saya tak sangka sampai jadi begini dan viral sampai ke Facebook," tulis Tasha Rahman menjelaskan segalanya. - www.kakishare.tv