Sedih… Berdebar Nak Sambut Kepulangan Cucu Baru, Tapi Yang Tiba Adalah Jasad Lima Sekeluarga
loading...
Seorang datuk tidak menyangka bahawa penantiannya yang menunggu ketibaan cucu bertukar tragedi apabila yang sampai adalah jenazah lima sekeluarga.
Itulah yang diluahkan oleh bapa Allahyarham Muhamd Abu Dujanah, Dzulkarnain Yusoh, 55, yang redha menerima berita kehilangan anaknya beserta keluarga.
Dzulkarnain ketika berkongsi cerita pertemuan terakhir dia bersama anak keduanya itu, Dzulkarnain memberitahu bahawa anaknya itu tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda perubahan, malah dia juga sempat menemani Muhamad dan keluarga berjalan-jalan ke Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Muadzam.
“Dia dengan saya pergi ke Kuala Lumpur dan tak nampak perubahan, Cuma besan saya cakap isteri anak saya dah nampak perbezaan.
“Tak banyak cakap seperti selalu. Tapi saya jalan dengan dia nampak macam biasa,” katanya.
Manakala abang sulung mangsa, Nizamudin Dzulkarnain pula memberitahu bahawa dia hanya mengetahui berita kehilangan adiknya itu selepas melihat beberapa keping gambar kemalangan yang tersebar di media sosial.
Ujarnya lagi, adiknya ketika kejadian dalam perjalanan pulang dari menjemput isterinya yang baru habis berpantang di rumah keluarga mertua di Muadzam, Pahang dan menuju ke Kluang, Johor.
Malah, mereka sekeluarga di rumah turut menanti dengan penuh sabar kerana itu adalah kali pertama mereka bakal melihat anak bongsu mangsa yang turut maut dalam kemalangan itu.
“Masih terngiang-ngiang lagi Ajwad nak beli mainan…nak beli mainan. Allahuakbar tak boleh nak cakap apa, yang kecil tu baru dua bulan lebih. Saya sendiri pun tak tengok lagi,” katanya.
Dalam kejadian yang berlaku pada semalam, lima dari enam sekeluarga maut selepas Proton Viva yang dinaiki mereka terlibat dalam kalangan selepas hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah bas ekspres di Kilometer 176 Jalan Johor Bahru - Seremban.
Kesemua jasad mangsa dibawa pulang ke rumah keluarga mangsa di Kluang selepas selesai menjalani bedah siasat di Hospital Segamat dan dikebumikan di Tanah Perkhuburan Islam Jalan Hj Manan, Kluang.
Sumber : Astro Awani
Kredit SK