'Kalau tak nak kawan, kenapa jawab bila akak panggil di car park?'
loading...
Seram sejuk baca pengalaman wanita ini 'diganggu' entiti yang tidak diundang. Apatah lagi jika ada yang sedang membaca kisah ini kebetulan pula tinggal di hotel. Tak tidur malam dibuatnya.
Menurut wanita ini, kejadian yang dialaminya bersama dengan rakannya itu berlaku di sebuah hotel di Johor Bahru. Sejak dari awal lagi dia sudah mulai rasa tidak sedap hati untuk tinggal di hotel tersebut. Oleh kerana rakannya yang begitu memaksa untuk terus tinggal di situ, maka dia akur dan bermulalah segala peristiwa yang tidak diingini berlaku.
AKU nak kongsi kisah terbaru. Stay di hotel S***a di area Johor Bahru. Pertama kali aku guna apps Trivago, katanya boleh dapatkan bilik hotel dengan harga murah kan? Siap buat perbandingan harga lagi. Jadi, aku book satu bilik hotel ini. Dah kawan aku beria-ria nak stay di hotel itu. Alang-lang dah dekat dengan rumah kawan dia yang ada kenduri.
Sampai saja di hotel itu, aku dah rasa tak sedap hati. Tetapi disebabkan dah bayar kan, so proceed sajalah. Semasa di reception counter, boleh pula staff itu kata booking kitorang tak ada dalam sistem. Memang agak angin jugalah sebab prepaid voucher aku dah print siap-siap dan tunjuk kepada dia.
Aku kata, takkanlah voucher ini keluar tetapi tiada dalam sistem? Lagipun sebelum datang ke hotel ini, aku ada call untuk buat confirmation dan diorang kata ada reservation.
Then dia tak nak cakap banyak dan minta tunggu sekejap sementara dia masuk ke dalam dan berjumpa dengan manager. Kitorang pun menunggu lebih kurang 45 minit dan masa itu waktu dah menunjukkan jam tujuh petang.
Masa itu juga aku dah rasa tak sedap hati. Angin sejuk giler bertiup. Aku cakap dengan kawan aku tu, "We better change hotel la, I don't feel I want to stay here. Alaa, biar jela. Bukannya mahal sangat pun bayar."
Tetapi kawan aku insist juga nak stay dan dia kata kawan dia yang rekemenkan hotel ini dan dia nak stay di sini. Kawan aku ni boleh tahan degil juga. Jadi aku pun kata okaylah sebab malas nak argue.
Selepas itu kitorang dapat bilik di level 7. Kitorang pun naik lif dan terus ke bilik, tengok keliling. Eh? Bilik ini tak ada tingkap ke? Agak-agaklah wei, ini penjara ke apa?
Pastu masuk bilik macam fresh sangat-sangat. Katil pun macam baru tukar cadar. Bilik air pun sama. Kawan aku happy, terus dia terjun landing atas katil. Tapi aku memang tak puas hati. Aku rasa ada sesuatu yang tak kena, cuma aku tak dapat nak tengok.
Telefon berbunyi, front office call minta alihkan kereta ke parking lot. Haa, hotel ini yang paling mengarutnya. Parking di seberang jalan hotel okay dan tingkat tiga. Aduh!
Aku turun nak alihkan kereta sebab kawan aku tengah berjiwang-jiwang dengan boyfriend dia sambil bergolek-golek di atas katil. Sudahlah aku minta double bed, dia kata king bed saja yang ada. Memang aku takkan datang dah ke hotel ini walaupun dapat free stay.
Aku pergi park kereta. Pusing level 1, penuh, level 2 penuh, last sekali level tiga yang banyak kosong. Aku lock dan turun guna tangga. Hati memang sebal.
Tiba-tiba terdengar suara perempuan menjerit.
"Adik! Adik! Tunggu! Nak pergi hotel ke? Akak pun sama. Seramlah seorang diri ni," katanya.
Aku pusing dan nampaklah seorang minah terkedek-kedek membawa beg. Yela, kesian pula tengok dia seorang diri. Aku pun nak turun tangga kan, kalau ada kawan sembang tak adalah takut sangat.
So dia tanyalah aku dari Kuala Lumpur ke, dia dari area Johor juga. Dan-dan itulah lampu di tangga bunyi meletup dan gelap.
"Akak takut dik, gelap-gelap ni. Akak nak pegang tangan adik," katanya.
"Aku lemas orang pegang tangan, lagipun pegang je la tepi ni. Lampu level 2 masih menyala, bukannya gelap sangat," aku kata.
Dia? Dia gelak. "Oh lemas ye? Habis tu boyfriend tak pegang tangan ke?"
Aku cakap tak, sebab rimas dan jawapan aku membuatkan dia gelak lagi. Aku pula yang rasa bosan. Yelah, cakap sikit, gelak, cakap sikit, gelak. Dia kata dia cuti seorang saja, tengah sedih dan pilih hotel ini.
"Akak ini tak ramai kawan. Semua buat tak reti je dengan akak. Nasib baik adik sudi jadi kawan akak," katanya.
Aku tanya balik, "eh akak, bila pulak saya cakap nak jadi kawan ni? kita sembang-sembang je kot?"
"Alaa habis tu kita kan dah sembang. Aje giler la bukan kawan namanya," katanya.
Aku pun angguk sajalah. Sampai di ground floor semasa melintas gate, budak guard itu tenung dan mengusap-usap mukanya. Aku tegur saja, dia angguk sambil usap muka.
"Isk budak ni, tak hormat orang kan? Kita tegur, dia usap-usap muka," katanya si akak ini.
Aku diam sebab malas nak bersembang. Dalam hati aku, over giler minah ni. Dah tu, kau nak guard tu bagi tabik hormat bila kau lalu ke?
Aku masuk lif bersama-sama dengan dia. Aku tekan butang tingkat tujuh dan dia kata, "Eh sama level kita. Senanglah nak sembang.".
Aku kata aku nak tidur, penat. Kalau nak bersembang, pagi esok sajalah time breakfast. Dia kata okay. Aku keluar lif belok ke kanan, dia pun cakap "Eh sama lagi.". Aku cakap "Iye kak, duduk hotel kan, bilik pun dekat-dekat". Dia kata dia happy sebab ada kawan, tak sangka ada kawan dan sudah lama tak ada kawan.
Masa itu aku dah mula rasa pelik, aku tengok dia. "Dah lama tak ada kawan ke kak? Habis tu akak berkawan dengan siapa?"
Sekali lagi dia gelak manja-manja. Dalam hati aku, minah ni entah-entah lesb kot, manja semacam je.
Sampai di pintu bilik, aku kata "Okey kak, good night. Assalamualaikum. Sweet dreams."
Dia sekadar mengangguk saja. Jadi aku masuk bilik. Dari dalam bilik, aku dengar pintu di bilik depan ditutup juga. Tiba-tiba, bilik kitorang ada tingkap. Aku dah pelik.
"Eh? Sejak bila ada tingkap?"
"Kau ni kenapa? Memang ada tingkap dari tadi," kata kawan aku itu.
Memang aku confuse tetapi aku malas nak fikir, terus aku pergi mandi. Kawan aku nak tidur di tepi tingkap, aku okey sajalah, malas nak bising-bising. Sebaik saja aku keluar dari bilik air, astaga. Kawan aku tengah happy bersembang dengan akak tadi. Dia boleh ajak lepak bersembang-sembang dalam bilik. Sudahlah bilik itu sekangkang kera saja.
"Eh kak, malam-malam ni nak sembang ke? Saya nak tidur, esok sajalah sambung," aku tegur.
"Kau ni, tak baik tau layan orang macam tu," kata kawan aku dan mereka kembali bersembang dan sesekali kawan aku memuji muka akak itu lawa, bersih, kulit putih.
Barulah aku tengok muka dia masa itu, memang lawa dan tidak dinafikan. Cuma ada yang pelik pada muka dia. Masa tengok muka akak itu, tiba-tiba dia kata, "Eh, janganlah tengok. Malu aku, malu," sambil menutup mukanya dengan bantal. Tetapi aku malas nak rebut bantal tengok muka dia walaupun dia cun. Cuma memang ada yang tak kena.
Kemudian housekeeping ketuk pintu, hantar bantal. Siap cakap, "Amboi cik, nak buat pillow fight ke malam ni?" mukanya tersengih-sengih sambil menjeling ke dalam bilik kitorang.
"Eh, Cik tak nak minum-minum kat bawah ke? Ada fruit juice, ada hot drinks, elok nak minum sebelum tidur," katanya.
Aku kata aku malas, tetapi dia kata, "Cik dah dinner ke belum? Haa, better makan sebelum tidur. Cafe di bawah itu je," pelawanya lagi.
Betul juga, aku tak makan lagi, so aku kata nanti aku turun makan. Kawan aku pun nak turun juga. Si akak itu pula kata dia masih kenyang lagi dan nak berehat di bilik saja. Kemudian dia jeling aku dan masuk pintu sebelah bilik aku.
Aku dah pelik, sebab tadi rasanya dia kata stay depan bilik kitorang. Then aku dah start rasa semacam.
Kitorang turun ke bawah dan kawan aku ajak keluar. So we all drive out dan balik pun around 12 malam. Terus rasa seram sejuk di parking dan guard yang jaga mula-mula tadi tegur aku.
"Jangan tidur lewat kak, tidur je," katanya.
Aku dah boleh baca hint dia. Masa itu juga perut aku sakit dan boleh rasa period.
Sampai di tingkat tujuh, pintu lif buka saja nampak akak itu berdiri di depan dan senyum sindir menegur kitorang. Kawan aku ini beria borak dan aku sedar mata dan muka dia pucat. Dia kata dia baru saja naik dari lif sebelah dan tak sangka kitorang pun sampai.
Sambil berjalan ke arah bilik, kawan aku tegur, "Eh akak gempaklah, terer naik hoverboard. Macam terbang melayang-layang. Nak try, nak try!"
Memang aku lepuk kawan aku masa itu juga sebab biol sangat. Then akak itu pusing dan kata, "Kau dah tahu ye?". Dia gelak dan terus hilang.
Memang siot sangat malam tu. Kitorang nak patah balik ke lif memang dah jauh dan boleh pula dia berdiri di hallway itu. So apa lagi, berlari lintang pukanglah masuk ke dalam bilik. Buka yasin di phone, pastu senyap sebab bateri phone pula habis. Charger pula tertinggal dalam kereta. Nak pinjam charger kawan, dia pula guna iPhone.
Aku suruh dia buka yasin di YouTube, dia terkial-kial dan tahu-tahu saja akak itu dah duduk sebelah dia atas katil. Dok mengungkit tentang nak jadi kawan selama-lamanya. Yelah, dah dia beria cakap BFF awal-awal tadi.
Nak lari keluar pintu, pintu tak boleh buka. Jenuh aku harap boleh pengsankan diri tetapi tak boleh pengsan. Aku baca ayat kursi pun lintang pukang.
Akak itu membebel, dia nak kawan saja. Lagipun dia kesunyian. Selepas itu dia mula menangis, sumpah ngeri aku dengar. Kawan aku atas katil itu dah menangis-nangis memanggil aku duduk dengan dia sekali. Memang taklah!
Akak itu kata, kalau tak nak kawan dengan dia, kenapa jawab bila dia panggil di car park. Kalau ada orang panggil, memang aku ignore saja. Aku masih mampu tengok muka dia sebab dia tak bertukar wajah hodoh. Cuma pucat lesi saja.
Aku tengok jam dah jam 2 pagi dan tahu-tahu ada orang ketuk pintu bagi salam dan pintu terbuka. Ada suami isteri depan pintu muka baik-baik saja. Isteri dia kata nak masuk dan nak mula laungkan azan dan baca ayat Al-Quran. Aku rasa bilik itu memang bahang sangat-sangat dan tahu-tahu saja akak itu dah hilang.
Makcik yang melaungkan azan itu kata, dia tinggal di bilik depan dan terdengar bunyi. Itu yang dia datang ketuk pintu. Dia kata dia temankan kami tidur sampai hari cerah, nanti boleh check ou bersama-sama.
Memang aku terhutang budi betul dengan makcik itu. Masa dia tengah mengaji, sedar-sedar aku tertidur dan terjaga jam 9 pagi di atas lantai. Makcik itu dah tak ada. Aku assume dia balik ke bilik dia tanpa mengejutkan kitorang.
Selepas mandi dan kemas barang sekitar jam 12, aku ketuk pintu bilik depan tetapi tak dibuka. Aku assume diorang dah check out. Jadi aku dengan kawan aku cepat-cepat turun ke bawah dan tanya tentang bilik depan itu, manalah tahu boleh dapatkan nombor telefon penyewanya.
Tetapi, bila front office kata memang tiada sesiapa yang tinggal di bilik area bilik kitorang, cuma satu room saja yang booked, yang lain memang kosong, kitorang jadi speechless dan terus keluar.
Ini pengalaman aku yang terbaru. Kawan aku sampai sekarang tak habis-habis menyalahkan aku yang melayan minah itu di car park. Padahal dia tak sedar, dia lagi teruk. Baru kenal saja dah siap declare BFF.