Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

Kejam! Bayi 11 Bulan Maut Diracun Bapa Guna Botol Susu... Tengok Dia Letak Apa Dalam Susu...

loading...
Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa semalam kerana disyaki meracun anaknya sendiri yang baru berusia 11 bulan dalam satu kejadian di daerah Kupang, Indonesia dekat sini.

Suspek meracun bayinya dengan menggunakan racun serangga yang dimasukkan ke dalam botol susu sebelum diberikan kepada mangsa.

Ketua Polis Kupang, Simson L Amalo dalam sidang akhbar hari ini berkata, motif pembunuhan berpunca daripada suspek berang terhadap mentuanya kerana tidak memberikan hak penjagaan bayi itu kepada dirinya dan isterinya.

Anak kecil itu menurut siasatan polis negara berkenaan adalah anak luar nikah yang dilahirkan pada awal tahun 2017.

Disebabkan pasangan muda berkenaan tidak mengingin bayi terbabit ketika itu, maka ibu bapa kekasih suspek mengambil keputusan untuk menjaganya.

Selepas kejadian, nenek mangsa menceritakan bahawa dia terdengar tangisan cucunya dari dalam bilik dan kemudian bertindak mendukung bagi mententeramkanya.

Namun, bayi malang itu terus menangis dan wanita tua berkenaan terhidu bau seperti racun dari mulutnya.

Hal itu dimaklumkan kepada tetangganya yang kemudian menemui punca bau racun berkenaan dari botol susu milik bayi malang itu.I

Situasi menjadi lebih teruk apabila mangsa tidak sedarkan diri dan mulutnya mula mengeluarkan buih.

Menurut pihak berkuasa, mangsa telah dibawa ke hospital namun meninggal dunia dalam perjalanan.

Kredit - MYNEWSHUB.CC

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.