Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

Polis Kesan Lelaki Onani, Ajak Pelancong Asing Buat Seks

loading...
Polis Pelancong memaklumkan pihaknya sedang menyiasat dakwaan seorang lelaki telah menceroboh rumah wanita warga asing dalam dua kejadian berasingan, melakukan onani di kediaman mangsa serta menawarkan THB2,000 (RM248.94) untuk melakukan hubungan seks.

Coconut Bangkok memetik The Phuket News melaporkan, wanita warga Amerika itu yang berusia 56 tahun berkata, suspek dua kali datang ke penginapannya, iaitu masing-masing pada 24 Disember dan 30 Disember lalu.

"Kali pertama dia berdiri di pintu, sambil berkata 'Vichuda Hills,' yang membuatkan saya mengesyaki dia bekerja sebagai pengawal keselamatan.

“Saya berada di sana tahun lepas, jadi dia mempunyai nombor saya dan menghantar mesej kepada saya pada September lalu, yang mana saya mempunyai log mesej tersebut,” katanya.

Jelasnya, dalam kejadian pertama pada 24 Disember lalu, suspek meminta kebenaran untuk menggunakan bilik mandi dan bertindak menggosok kemaluannya melalui seluar yang dipakai.

Wanita itu menambah, suspek kemudian berjalan di sekitar rumahnya dan menawarkan THB2,000 (RM248.94) untuk mengadakan seks dengannya.

“Kemudian pada 30 Disember, saya mendapati seseorang telah menceroboh kawasan saya. Saya telah meletakkan papan tanda “Dilarang Masuk”, jadi dia telah menceroboh rumah saya. Saya berteriak, ‘Hello? Siapa tu’..., beberapa kali, sebelum kemudiannya saya melihat seorang lelaki sedang melancap di atas motosikal,” ujar wanita itu, memetik Coconut Bangkok, semalam.

Kejadian tidak senonoh itu menyebabkan mangsa begitu bimbang akan keselamatan dirinya.

“Saya mengunci pintu dan mencapai kamera saya, lalu membuka pintu dan merakam beberapa saat kejadian tersebut. Saya begitu gelabah, marah dan takut, malangnya saya tidak berjaya merakam nombor plat kenderaan suspek,” ujarnya.

“Walau bagaimanapun saya 90 peratus pasti bahawa saya kenal lelaki itu, kerana terdapat wanita di situ juga mengenalinya. Kami menanyakan kepada pihak pengurusan keselamatan, dan membandingkan kedua-dua bahan bukti yang ada. Saya ada nama dan Facebook (suspek),” tambah wanita itu.

Susulan insiden tersebut, mangsa membuat laporan kepada Polis Pelancong Phuket dan menyerahkan bahan bukti kejadian.

Sementara itu, pegawai polis, Sen. Sgt. Maj Jirapat semalam mengesahkan kepada The Phuket News bahawa pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa pihak polis tidak melihat kes itu sebagai keutamaan.

“Kami belum melakukan soal siasat terhadap lelaki itu kerana masih belum jelas dia yang melakukan perkara itu. Tambahan pula, kes itu berlaku sekitar sambutan Tahun Baru, yang mana pihak polis sangat sibuk.

"Kami telah pergi untuk memeriksa dan menyoal saksi berdekatan pada 30 Disember lalu selepas mangsa membuat laporan. Hari ini (semalam) saya akan pergi semula ke lokasi kejadian dan bertanyakan saksi lagi,” katanya.

- mD

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.