"Sebelum ni baca kisah orang, kali ni terkena kat diri sendiri.." (8 Gambar)
loading...
29/12/17 - pakai lens , dalam 2 3 jam lepas tu tiba2 rasa sakit , tapi tak dapat nak buang lagi sebab ada kat luar. Sampai rumah lebih kurang pukul 8 ,buang lens tu dan mata dah jd kabur . Mula2 tu ingat biasa , mgkin lepas tido nanti jd okey balik.
30/12/2017 - Nak pergi keje mata mata kabur lagi , pakai cermin mata pun kabur lg . Lebih kurang tengahari , mata sebelah kanan , rasa tak selesa dan sakit , mcm ada benda asing masuk dlm mata. Check tgk dan basuh dgn air. Tapi takde ape2. Mata sakit lagi , dan jadi berair . Mata sebelah kanana tak dapat nak bukak mcm biasa , boleh bukak sikit dan akan berair sakit balik. Ptg tu call ma , dtg ambjk kat tempat kerja sebab tak dapat nak balik sendri , mata kabur + sakit tak dpt nk bukak.
Malam tu , mata jd lg sakit kena byk ttp mata,,azabnya rasa sampai nangis sebab sakit dan tak dapat nak tengok apa2 . Mata tak boleh kena cahaya atau benda yg silau mcm skrin handphone & tv . Titis eyemo pun tak jadi.
31/12/2017- Pergi klinik , masukkan ubat dlm mata dan nmpak ada kesan garisan tercalar . Pastu buat vision test. Byk huruf yg tak nampak , penglihatan dah kabur. Masa ni mmg tak boleh kena cahaya lgsung , jalan smbil ttup mata dan pimpin tgn ma . Tak dapat nk tgk apa2. Blh bukak mata kejap2 jd sakit , dan berair. Kalau kena cahaya, mata jadi sakit hingga ke kepala. Doktor di klinik buat surat , dan suruh refer ke bahagian kecemasan di Hospital . Pergi ke bahagian kecemasan , Doktor check , dan nk prgi ke bhagian pakar tp masa tu dah lewat Doktor pakar dah takde. Dan doktor di bahagian kecemasan mintak refer sy ke Doktor di wad Oftamotologi. Doktor kt situ cek , dan titiskan ubat , nmpak ada kesan luka di kornea mata. Luka kat mata kanan dan kiri. Tp yg bahagian kanan lagi besar luka. Doktor bagi ubat titis dan krim utk letak kt dlm mata. Dan esok kena datang lg jumpa doktor mata.
1/1/2018 - mata sebelah kiri pun rasa sakit jugak , dua2 mata tak dapat nk bukak lagi ,. Mata pedih , kabur , berair dan tak boleh kena cahaya lagi. Kat rumah semua lmpu dalam rumah saya tutup . Pergi hospital , jln pun ttup mata lagi , nasib ada ma tlg pimpin. * terima kasih ma * . Doktor check mata , luka sebelah kanan dh makin kecil tapi tak pulih spenuhnya lagi. Doktor pesan lepas titis buat kena ttup dulu mata. Tak blh byk pergerakkan mata , sebab tisu2 baru akan tumbuh yg baru .
Masa makan pun makan sambil pejam mata . Masa jln pernah smpai terlanggar pintu.
2/1/2018 - mata masih lagi kabur dah boleh buka sikit2 , sakit dah kurang sikit.. tapi cahaya tak boleh kena cahaya lagi.
3/1/2018 - Mata dh makin ok , dh blh kena cahaya tapi masih kabur sikit.
4/1/2018 - Ada appointment jumpa doktor. Untuk check mata dan bahagian saraf. Alhamdulillah semua ok. Cuma mata masih merah , doktor cakap nanti kesan merah akan hilang.
** doktor pesan kalau boleh jangan pakai contact lens , sebab cara jaganya susah & mata mudah terkena jangkitan kalau silap pakai.
** jangan pakai contact lens yg sembarangan tanpa kelulusan , kalau nak pakai jgk beli di kedai optimetrist dan dgn penjagaan yg betul tapi sebaiknya pakai cermin mata berbanding contact lens.
** dah ramai yg kena mcm ni , dan boleh mengakibatkan terkena ulser mata dan berkudis dalam mata.
** sebelum ni saya dah pernah pakai contact lens , tapi tak selalu pakai. Pernah pakai yg beli di optimetrist dan di kedai2 biasa . Dan kali ni tak bernasib baik , beli di contact lens di kedai biasa dan terkena mcm ni.
** kalau nak pakai contact lens utk saja2 , lebih baik jangan , kalau rasa sayangkan mata. Sakit bila Hilang nikmat pengelihatan.
** pesanan utk diri sendiri dan orang lain. ❤