Tergamaknya! Lelaki Ini Dituduh Buat Gangguan Seksual Kepada Remaja 15 Tahun... Tengok Apa Dia Buat
loading...

MELAKA: Seorang peniaga sambilan dihadapkan ke Mahkamah Ayer Keroh hari ini, atas tuduhan melakukan amang (gangguan) seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan tingkatan tiga.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Khairul Nizam didakwa melakukan kesalahan meraba buah dada, memasukkan jari ke dalam kemaluan dan masukkan zakar ke dalam mulut pelajar perempuan berusia 15 tahun pada 12 tengahari, 16 Disember 2017 di pusat karaoke di Mahkota Parade, di sini
Tertuduh, Muhammad Khairul Nizam Shah Johari, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Terdahulu, prosiding yang di kendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi mencadangkan, mahkamah tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh, manakala tertuduh yang diwakili Peguam Bela M Pusppa dan Azhar Ghazali memohon jaminan diberikan memandangkan tertuduh penanggung tunggal dalam keluarga.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Meor Sulaiman pada penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan dikenakan, tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.
Mahkamah turut menetapkan 12 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sumber: Mymetro - Editor: Amylea Nazrul