(Video) Tular Di Media Sosial Pasangan Gay Berkahwin Di Mekah
loading...

Fitrah manusia ingin disayangi dan dicintai adalah biasa. Namun ada juga sesetengah pihak yang mempunyai perasaan sejenis terhadap pasangan sendiri ( sama jantina). Sememangnya sudah berlawanan dengan fitrah manusia.
Namun ini juga yang terjadi di Arab Saudi.Pihak berkuasa Arab Saudi kini giat menyiasat video perkahwinan pasangan gay yang kian tular di media sosial. Video tersebut menjadi viral di negara-negara teluk dan telah mencetuskan kemarahan orang ramai.
Di faham kan ianya tersebar sejak Rabu yang lalu di facebook. Masih tidak dapat disahkan kesahihan video ini oleh pihak berkuasa.
Ada juga segelintir netizen yang menyatakan bahawa video ini adalah palsu dan hanya rekaan semata-mata.
Pihak berkuasa Arab Saudi tidak memandang remeh isu pengedaran video ini kerana ianya amat bertentangan dengan ajaran yang telah diajar oleh agama masing-masing.
Menurut sumber dari lama web Al-Araby, pihak berkuasa telah pun menjalankan siasatan lanjut tentang kejadian ini.
Segelintir penduduk mengatakan bahawa ianya berlaku di Aradiyat,berhampiran Mekah. Justeru itu pihak polis telah menjalankan serbuan untuk menangkap mereka yang terlibat di dalam video tersebut,menurut laman web Al-Marsd.
Jurucakap pentadbiran Aradiyat, Ali Bin Yousse Al- Sharif menyatakan bahawa siasatan masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa.
Pihaknya akan memberitahu maklumat lanjut sebaik sahaja dapat menyiasat kesahihan video tersebut.
Beliau juga menyeru orang ramai supaya mematuhi prinsip agama, dan menerapkan nilai-nilai murni didalam diri supaya akidah tidak terpesong dengan ajaran yang salah.
Editor: Ila