Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

3 Bulan Lagi Nak Kahwin, Ini Jawapan Elfira Bila Ditanya Tentang Persiapan... Memang Mengejutkan!

loading...

TERKINI DUNIA HIBURAN: Pelakon Elfira Loy mengakui belum melakukan sebarang persiapan untuk majlis perkahwinannya dengan penyanyi Sufian Suhaimi yang dijangka berlangsung pada Mac 2018. Menurut Elfira, 23, dia kini sedang fokus kepada kerjayanya sebagai pelakon dan pengacara berbanding memikirkan mengenai majlis perkahwinannya itu.

"Buat masa sekarang belum ada apa-apa persiapan yang dilakukan lagi untuk majlis perkahwinan kami pada tahun depan.

"Namun saya sudah tahu siapa yang akan buat baju dan pelamin untuk majlis itu nanti.

"Mengikut perancangan, majlis itu akan diadakan pada bulan Mac namun semuanya terpulang kepada ibu bapa kami.
"Sekarang ini fokus saya lebih kepada kerjaya," katanya kepada Astro Gempak.

Elfira berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenal 12 Peserta Tahfiz Muda yang berlangsung di Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.



Sumber : Astro Gempak.

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.