Doa Umat Islam 1 Dunia Termakbul ! Baitulmaqdis Bebas Israel Tetapi Ini Respon Balas Presiden Israel!
loading...
NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) isytihar keputusan Amerika Syarikat (AS) iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sebagai tidak sah dan terbatal.
Dalam satu pengundian, 128 negara menolak keputusan AS itu, dengan sembilan lagi negara menyokong.
35 negara lain mengambil pendirian berkecuali dalam sesi undian tersebut, manakala wakil 21 negara tidak hadir.
Pengundian yang berlangsung pada Khamis disifatkan satu kemenangan untuk Palestin, biarpun ia mencatat sokongan lebih rendah, berbanding 150 yang dijangka sebelum ini.
Terdahulu, sebelum pengundian 193 negara itu, AS menerusi dutanya ke PBB, Nikki Haley mengulangi ancaman Presiden Donald Trump untuk memotong bantuan kewangan kepada mana-mana negara yang menyokong resolusi berkenaan.
Haley juga menegaskan keputusan undian di PBB tidak akan membuat sebarang perubahan ke atas rancangan Washington memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis.
SUMBER : http://www.astroawani.com/berita-dunia/pbb-batal-pengiktirafan-baitulmaqdis-sebagai-ibu-negara-israel-163625
INI RESPON PRESIDEN ISRAEL Benjamin Netanyahu
BAITULMAQDIS: Israel enggan menerima resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang mengisytiharkan pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) bahawa Baitulmaqdis adalah ibu negara tersebut sebagai terbatal dan tidak sah.
Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu berkeras bahawa Baitulmaqdis ‘sentiasa’ menjadi ibu negara Israel.
“Kami tidak terima resolusi ini. Baitulmaqdis adalah ibu negara kami. Namun, saya hargai semakin banyak negara yang menerima perkara ini.
“Saya ucapkan terima kasih kepada Presiden Trump dan Duta AS Nikki Haley kerana mempertahankan Israel,” katanya dalam satu video di Facebook.
Pengumuman yang dibuat Trump pada 6 Disember lalu tersasar jauh dari polisi luar negara tersebut yang telah menerima konsensus bahawa nasib Baitulmaqdis wajar ditentukan melalui rundingan.
SUMBER : http://www.astroawani.com/berita-dunia/kami-tidak-terima-kata-israel-kepada-pbb-163629