Doktor Wanita Maut Ditembak Suami Kerana Enggan Bercerai.
loading...
Jakarta - Seorang wanita maut selepas ditembak oleh suaminya sendiri sebanyak 6 das tembakan kerana dipercayai berpunca daripada wanita tersebut yang enggan untuk bercerai.
Suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Helmi dikatakan bertindak menembak isterinya Lety Sultri sehingga maut hanya kerana marah disebabkan mangsa tidak mahu bercerai dengannya.
Mangsa adalah merupakan seorang doktor di Klinik Az-Zahra Medical Centre Jalan Dewi Sartika, Cawang, Jakarta.
Kejadian tersebut yang berlaku sekitar pukul 2 petang bermula daripada suami mangsa yang juga merupakan seorang doktor telah datang menemui isterinya itu sebelum berlaku pertengkaran mulut antara kedua mereka.
Bermula daripada pertengkaran mulut antara mereka kemudiannya membuatkan suspek yang marah dengan mangsa bertindak menembak mangsa di ruangan bilik di klinik berkenaan.
Menurut Nabil iaitu seorang pekerja di klinik berkenaan yang menjadi saksi kejadian memberitahu bahawa mangsa serta suaminya itu sempat bergaduh mulut di dalam klinik berkenaan, "suaminya marah-marah kerana isteri enggan untuk bercerai" kata nabil kepada pihak polis.
Pihak polis Jakarta Timur Kombes Andry Wibowo telah mengesahkan bahawa berlakunya kejadian tersebut dan mengesahkan bahawa kedua-duanya adalah merupakan pasangan suami isteri namun tidak memiliki sebarang anak hasil daripada perkahwinan mereka.
Menurut siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian pembunuhan tersebut telah menemui mayat mangsa di dalam bilik klinik berkenaan dalam kedaan berlumuran darah dengan 6 kesan tembakan.
Terdapat 6 kesan luka tembakan pada mangsa dengan dua kesan tembakan di kepala, dua di bahagian perut dan dua lagi di bahagian dada.
Bagaimanapun suami mangsa yang sempat melarikan diri selepas menembak mati isterinya itu berjaya di tahan oleh pihak polis hanya selepas tiga jam selepas kejadian tersebut.-eberita
Kredit