Gagal curi duit tabung, Al-Quran dicampak dan dibakar (10 Gambar)
loading...
JOHOR BAHRU – Surau Al-Hidayah di Jalan Pertanian, Taman Universiti, Skudai, dekat ini dipecah masuk sebelum buku agama dibakar dan al-Quran diselerakkan, dalam kejadian malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Surau Al-Hidayah, Hassan Sabudin, 63, berkata kejadian yang dipercayai berlaku jam 11.20 malam itu, mendapati terdapat barang lain seperti sejadah, al-Quran dan Yassin berselerak di ruangan jemaah lelaki, selain jam besar juga dialihkan dari tempat asal.
Katanya, pemeriksaan awal pihaknya mendapati tabung surau mempunyai kesan umpil dan kesan gula getah yang terlekat, selain mendapati sebuah buku agama yang mengandungi tafsiran al-Quran turut dibakar.
“Helaian buku agama itu dibakar di laluan bilik air surau yang berada di luar surau, saya tidak pasti bahan bakar apa yang digunakan, namun individu berkenaan menggunakan sesuatu yang dibalut dengan telekung sebelum membakar buku terbabit.
“Individu terbabit dipercayai tahu kedudukan setiap barangan yang terdapat di surau ini, termasuk kawasan stor yang tidak dikunci, tabung surau, selain turut menyelerakkan al-Quran yang terdapat di sekitar ruangan solat.
“Ini adalah kes terbesar yang pernah berlaku di surau ini sejak ia mula beroperasi tahun 1990. Kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku sebelum ini melainkan hanya kes kecurian kecil.
“Kita harap orang ramai tidak terlalu emosi walaupun kejadian ini secara tidak langsung memberi kesan terhadap sensitiviti agama sehingga mencetuskan ketegangan, biar polis jalankan siasatan dan diharap kes ini akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya ditemui BH di sini, hari ini.
Hassan berkata, surau dengan keluasan 6,191 meter persegi itu mampu memuatkan hampir 3,000 jemaah dalam satu masa, selain terdapat 15 kakitangan yang bertugas.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 2.10 pagi daripada kakitangan surau itu.
Katanya, suspek dipercayai membakar buku agama itu kerana berang tidak dapat mencuri duit tabung surau yang disimpan di dalam peti besi.
“Usaha mengesan dan menahan penjenayah yang terbabit sedang dipergiatkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Kredit TerengganuTimes