Hanya Kerana Kesalahan Kecil, Mereka Sanggup Membunuh Anaknya Dengan Begitu Kejam!
loading...
Oleh kerana ingin mengaburi mata masyarakat dan pihak polis, seorang wanita sempat memuat naik status di Facebook untuk mengaburi pandangan ramai selepas beliau dan suaminya membunuh anaknya.
Wanita bernama Nita 20 tahun yang terlibat dalam pembunuhan anak kandung sendiri Navita 3 tahun sempat memuat naik status di Facebook untuk mengaburi pandangan ramai selepas beliau dan suaminya membunuh kanak-kanak malang berkenaan.
Ibu mangsa berkenaan menyatakan kerinduannya pada mangsa yang pada mulanya beliau mengatakan bahawa anaknya itu meninggal dunia akibat langgar lari.
Walau bagaimanapun pembunuhan kejam itu terbongkar juga akhirnya setelah salah seorang penduduk kampung mendapati terdapat sesuatu yang mencurigakan mengenai kedua pasangan berkenaan.
Peristiwa tragis itu berlaku pada hari Sabtu yang lalu di Pulau Borneo kalimantan Bontang. Fardi yang merupakan bapa tiri kepada mangsa mengatakan dia hendak ke Kutai Barat bersama isterinya Reni Anita 20 tahun serta anak tirinya Navita dengan menaiki lori.
Ketika dalam perjalanan balik, suspek telah menghentikan lori ditengah jalan untuk berehat seketika. Mangsa yang tidur di atas perutnya kemudian telah membuang air besar sehingga terkena perut suspek.
Suspek kemudian menyuruh isteri untuk membersihkan najis yang berada di perutnya, namun wanita berusia 20 itu enggan memberikan kerja sama.
Geram dengan kejadian itu, suspek menumbuk kepala Navita sebanyak 3 kali sehingga pengsan. Ibu mana yang sanggup memukul anak sendiri sampai pengsan melainkan seorang ibu bertopengkan iblis!
Tidak cukup dengan itu mangsa juga di baling ke dinding lori sehingga melambung ke atas sebelum di serahkan semula kepada ibunya. Kejam sungguh!
Melihat anak mereka tidak sedarkan diri, pasangan itu cuba membangunkannya dengan menyiram air dan memberi minyak kayu putih akan tetapi usaha itu gagal.
Mereka yang meneruskan perjalanan sampai ke pagi mendapati anak mereka sudah tidak bernyawa.
Jika terlalu marah sekalipun,mengapa perlu memperlakukan anak seperti itu. Bukan lah kesalahan besar yang dilakukan oleh anak kecil itu,tetapi sanggup ibu dan ayahnya bertindak kejam!
Kredit Sehinggit