Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

Harga Bitcoin Jatuh Melebihi 20% Daripada Paras Tertinggi - Ini Pandangan Pakar Yang Anda Perlu Tahu !

loading...

Harga bitcoin jatuh jatuh melebihi 20% daripada paras tertinggi $20,000 yang dicapai pada minggu lepas.

Harga Bitcoin kini berada di paras $14,042 pada jam 11.45 a.m, berbanding pada minggu lepas yang mencatat harga melebihi $20,000. Malah lebih parah berdasarkan harga Coindesk, harga bitcoin jatuh keparas $13,377 sebelum naik sedikit.

Kejadian ini bukanlah pertama kali. Pergerakan harga Bitcoin sememangnya volatile pada tahun ini berdasarkan data. Pada bulan November harga bitcoin jatuh hampir 30% dalam tempoh 4 hari dari $7,888 kepada $5,555. Pada bulan September ia jatuh 40% dari $4,979 kepada $2,972.

Faktor kejatuhan harga bitcoin masih lagi diperdebatkan, namun penganalisis berpendapat kejatuhan ini disebabkan pembetulan harga akibat lonjakan harga yang tinggi seperti yang dikata Adam Back, pakar bitcoin. Andreas Antonopoulos juga menganggap hal yang sama dan ia adalah normal dalam pasaran.

Pengasas Litcoin Charlie Lee, pada minggu lepas telah beri komentar bahawa setiap lonjakan yang tinggi akan diikuti dengan kejatuhan. Beradasarkan pemerhatian beliau selama 7 tahun terhadap matawang crypto, beliau menambah bahawa pasaran memerlukan masa untuk konsolidasi.

Perkara yang dihadapi kini oleh pelabur ialah yuran yang tinggi dikenakan. Menurut ShapeShift CEO, Erik Voorhees, yuran transaksi bitcoin telah meningkat kepada $40 setiap transaksi dalam tempoh 12 bulan. Selain itu, terdapat penganalisis yang berpendapat ia juga didorong oleh isu penggodam yang menggondam beberapa platform.

Harus diingatkan bahawa pelaburan bitcoin memiliki risiko yang tinggi dan pelabur harus berhati-hati. Justeru pada minggu ini, pihak berkuasa kewangan Singapura (MAS) telah mengeluarkan kenyataan bahawa “Risiko kejatuhan harga adalah tinggi dan pelabur harus sedar bahawa berkemungkinanan akan kehilangan modal mereka.  Selain itu, tiada perlindungan kawal selia untuk pelaburan dalam mata wang crypto”

Kredit Moshed

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.