Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

"I Jadi Saksi Segalanya" - Netizen Puji Kesabaran Pegawai MPSJ Ini Layan Kerenah Orang Awam

loading...
Pegawai pihak berkuasa tempatan sering menjadi kecaman orang ramai yang mempersoal tentang tugas mereka yang dikatakan pemalas dan tidak memainkan peranan mereka. 

Malah ada saja pendapat negatif dan kecaman terhadap mereka. Namun berbeza pula dengan kejadian yang berlaku baru-bau ini dimana seorang pegawai Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dipuji netizen kerana sikapnya yang prihatin. 

Menerusi satu perkongsian di Facebook oleh aktivis masyarakat Kuan Chee Heng, dia sangat teruja melihat sikap pegawai tersebut yang tenang dan sabar berhadapan dengan kerenah orang awam yang menyalahi undang-undang. 

Menurut Kuan, pegawai tersebut telah pergi ke sebuah kereta yang diletakkan di luar kotak parking. Kejadian tersebut berlaku di Bandar Puteri Puchong. 

"Yes, kamu seorang pegawai MPSJ yang baik hati dan seorang muslim yang sungguh baik" tulis Kuan di Facebooknya. 

Pegawai itu telah membunyikan hon sebagai tanda amaran kepada pemilik kereta tersebut supaya mengalihkan keretanya dengan kadar segera. 

"Setelah 5 minit tunggu, dia pun berlalu dan dan datang semula 5 minit kemudian untuk memastikan kenderaan tersebut dialihkan."

"Namun selepas itu, pemilik kereta tersebut masih tidak datang dan pegawai itu sekali lagi membunyikan hon."

Beberapa minit selepas itu, lori penarik MPSJ muncul untuk menunda kenderaan berkenaan dan ketika itulah muncul pemilik kenderaan tersebut dan berlaku pertengakaran kecil diantara pemilik kenderaan tersebut dan pegawai MPSJ ini. 

Kuan sangat kagum dengan melihat tingkah laku pegawai tersebut kerana telah memberi banyak peluang kepada pemilik kereta tersebut. 

"Sabar tuan, tuhan maha saksi apa yang kita lakukan. Tabik hormat pada MPSJ. Syabas dan tahniah. I saksi segalanya" kata Kuan lagi. 


Rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah di atas kesabaran pegawai MPSJ melayan pelbagai kerenah orang awam saban hari. 

Memang pegawai MPSJ ini harus diberi ucapan tahniah kerana membuktikan bahawa pegawai penguatkuasa tempatan sangat komited dalam kerja mereka. 

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.