Lihat Komen Yusuf Azmi Bila Ditanya Mengapa Iqram Jadi Begitu... Minta Iqram Mohon Maaf
loading...
Rakan kepada Iqram Dinzly, Yusuf Azmi mengakui tidak tahu punca rakannya Iqram Dinzly jadi sebegitu rupa. Yusuf menyatakan perubahan Iqram dilihat bermula dari pemergian ayahnya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said.
“Mungkin dia tertekan dengan kematian bapanya, mungkin juga dia mempunyai sedikit masalah peribadi, yang menyebabkan dia jadi begitu.”
“Memang saya sendiri tak tahu mengapa dia jadi begitu,”
Yusuf juga mengaku ada menonton video live Iqram tetapi tak sanggup untuk menonton sampai habis. Dia berpendapat mungkin juga Iqram ingin meraih pengikut di media sosial kembali.
“Saya ada tonton video tarian Iqram, tapi (tonton) tak habis, saya tak lalu nak tengok sampai tamat.”
“Mungkin dia buat begitu untuk menarik balik pengikutnya di laman sosial.”
Iqram juga terlihat makin kurus dan fesyen serbannya menimbulkan banyak spekulasi. Terdahulu, bapanya meninggal pada 10 Oktober kerana penyakit diabetes, darah tinggi dan angin ahmar.
Yusuf tidak lupa untuk menasihati Iqram supaya meminta maaf sekiranya perlakuannya menyinggung mana-mana pihak.
“Sebagai sahabat, saya nasihatkan Iqram untuk minta maaf sekiranya apa yang dilakukan dibuat dalam keadaan tertekan atau ditujukan kepada seseorang (dalam bentuk protes).
“Dari sudut akhlak, memang salah, jika apa yang dilakukan dibuat untuk tujuan kontroversi, itu tak boleh,” katanya lagi.
p/s: Sama-sama kita bantu Iqram dengan beri kata-kata semangat dan hentikan kecaman.
Kredit