Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

Memang Berani Mamat Ni, Selongkar Bilik Bilal Waktu Pagi.. Pukul 9 Pagi Tuu...

loading...
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki berlagak selamba berlegar-legar diruang solat jemaah lelaki sambil mencari ‘sesuatu’ yang boleh dijadikan ‘habuan’ sebelum melarikan barang-barang berharga di dalam bilik bilal, dalam kejadian di Masjid Padang Midin, di sini, Sabtu.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu bagaimanapun sekali lagi berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di beberapa sudut di dalam masjid, malah turut menjadi tular dilaman sosial.

Ahli Jawatankuasa masjid berkenaan, Abdul Razak Jusoh berkata, pihaknya yakin suspek berusia 20-an itu dan yang merupakan warga tempatan itu sudah biasa dengan keadaan dan suasana di dalam masjid tersebut.

Katanya, disebabkan itulah melalui pengamatan di dalam rakaman CCTV itu, suspek yang memakai baju t-shirt dilihat langsung tidak gusar, malah terlalu yakin jemaah lain tidak akan datang ke masjid pada waktu berkenaan.

“Kita tengok suspek begitu berani membuang masa dengan berlegar-legar di setiap sudut di dalam masjid dan mengambil tempoh yang agak lama sebelum masuk ke dalam bilik bilal.

“Suspek melarikan enam utas jam tangan milik jemaah di sini yang tertinggal dan tidak dituntut yang disimpan di dalam bilik terbabit selain melarikan sebuah radio milik masjid dengan anggaran kerugian keseluruhan bernilai hampir RM2,000,” katanya.

Jelasnya, barisan jawatankuasa masjid sebelum ini sebulat suara mengambil keputusan untuk tidak mengunci masjid dengan tujuan memudahkan orang ramai untuk menunaikan solat bila-bila masa sahaja.

“Tetapi kami tidak menyangka ada juga individu tidak bertanggungjawab mengambil peluang untuk melakukan perkara tidak bermoral ini,” katanya.

Sinar Harian pada Sabtu lalu ada melaporkan seorang pencuri sanggup menyamar sebagai jemaah wanita dengan mengenakan telekung dan bersembahyang bersama-sama di ruang solat wanita sebelum melarikan beg tangan milik salah seorang jemaah, dalam kejadian di Masjid Wakaf Tembusu, Kuala Nerus.

Kejadian kira-kira jam 6.15 pagi ketika jemaah masjid sedang menunaikan solat subuh bagaimanapun sempat dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di beberapa sudut di dalam masjid dan menjadi tular sejak semalam.- Sinar Harian

Kredit Mstar Online

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.