Merajuk Dengan Isteri, Lelaki Ini Jadikan Airport Sebagai Rumah Sejak 2008... Tengok Tempat Tidur Dia! Siap Ada Dapur
loading...
SEORANG suami yang pemalas menjadikan lapangan terbang Beijing sebagai
rumahnya selama hampir satu dekad sedang 'menikmati' kehidupannya di hab
udara kedua paling sibuk di dunia.
Wei Jianguo, 53, dari Beijing, meninggalkan rumahnya pada 2008 selepas bergaduh dengan isterinya.
Dia telah memilih untuk menghabiskan hari dan malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital, yang mempunyai tiga terminal dan mengendalikan kira-kira 9.4 juta penumpang pada 2016.
Wei yang merupakan seorang penganggur berkata, lapangan terbang itu hangat dan selesa.
Dia berkata dia boleh minum dan makan mengikut kehendaknya, menurut Video Pear.

Tempat tidur Wei.
Dia juga membina sebuah dapur mudah alih menggunakan periuk elektrik yang dibawa dari rumah.
Rakaman oleh Video Pear menunjukkan Wei menyiapkan tempat tidur di atas lantai menggunakan selimut.
Lelaki itu membawa beberapa barangan keperluan dari rumahnya dan meletakkannya di dalam sebuah troli.
Sebenarnua, Wei boleh pulang ke rumahnya pada bila-bila masa, tetapi dia sendiri yang enggan.
Dia berkata: "Saya tidak dibenarkan minum di rumah."
Katanya, dia menerima subsidi kerajaan berjumlah sekitar 1,000 yuan (RM620) pada setiap bulan.
Kredit Mstar