Sudah Dijumpai! Gadis Hilang Dipercayai Diculik 'Anggota Polis' Ditemui... Tapi Macam Pelik Je
loading...
KUANTAN - Remaja perempuan, Nur Syaminn Nabila Mohd. Shapawi, 16, yang dilaporkan hilang semalam selepas mengikut seorang lelaki mengaku anggota polis ditemui di sebuah perhentian bas di Raub pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ruan, Raub tersebut ditemui anggota polis pada pukul 11 pagi.
"Mangsa menaiki bas dari Kuala Lumpur untuk pulang ke Raub sebelum ditemui anggota polis di sebuah stesen bas," kata Wan Zahari.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung perkembangan siasatan kes kehilangan remaja tersebut dalam kejadian pukul 11 pagi semalam.
Dalam kejadian itu, Nur Syaminn Nabila diberi kebenaran oleh ibunya, Wan Maziah Wan Mat, 37, untuk mengikut suspek yang datang ke rumah mereka di Kampung Ulu Gali, Raub untuk menemani lelaki tersebut mengambil motosikal di pekan Raub.
Ibu mangsa membuat laporan polis pukul 4.05 petang pada hari yang sama selepas remaja tersebut menghubungi wanita itu dan memberitahu dirinya dibawa ke Gua Musang, Kelantan sebelum talian telefon diputuskan.
Tambah beliau lagi, kes masih disiasat mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang serta menyamar penjawat awam. - K! ONLINE

Note:
Macam pelik je, macam mana boleh lepas kalau diculik.. semalam kata di Gua Musang, ni naik bas dari Kuala Lumpur pula... hmmm.. apa apapun tunggu siasatan seterusnya .. alhamdulillah semua selamat