Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

TERKINI: Keluarga Murid Ditampar Dakwa Diancam Bunuh, Ini Komen Prihatin Timbalan Menteri Pendidikan

loading...
SEREMBAN – Keluarga kepada murid lelaki berusia 11 tahun yang ditampar oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) di sebuah sekolah di sini mendakwa menerima ancaman bunuh melalui media sosial.

Perkhabaran itu didedahkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon yang bertemu dengan ibu bapa serta murid itu secara bersemuka di kediaman mereka di Nilai, pagi tadi.

“Amat malang kerana ada yang bertindak sedemikian. Keluarga itu mengalami trauma ekoran kes tersebut dan kini menerima ugutan bunuh pula. Ini adalah perbuatan buli siber,” kata Sin Woon memetik sebuah portal online.

Beliau berkata demikian mengulas pendedahan tentang ancaman berkenaan dalam satu sidang media selepas melancarkan Kempen Menderma Kasut di sini, hari ini.

Sementara itu, Sin Woon berkata hasil pertemuan secara berasingan beliau dengan keluarga dan guru berusia 44 tahun itu, jelas menunjukkan bahawa kedua-dua belah pihak bersedia untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku dengan cara baik.

Namun, buat masa ini kedua-dua belah pihak meminta ruang dan tempoh secukupnya untuk bertenang terlebih dahulu.

“Saya berjumpa mereka secara berasingan dan akan mengatur perjumpaan antara mereka secepat mungkin. Bagaimanapun, mereka meminta tempoh bertenang terlebih dahulu,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kes seorang guru lelaki dikenali sebagai Cikgu Azizan telah dihadapkan ke mahkamah ekoran tindakan tegas dalam isu mendisiplin murid pada 6 April lepas.

Bagaimanapun, guru berkenaan telah dibebaskan selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad memaklumkan menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan tersebut pada 19 Disember lalu.

- mynewshub.cc

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.