Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

Update Kes Bunuh Stesen Minyak..Dah Kena Tangkap. Cuba Korang Tengok Muka Dia..Pehhh Kemain Berani Bunuh Orang

loading...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut selepas disyaki ditikam dan dilanggar ketika bergelut dengan sekumpulan penjenayah yang cuba melarikannya dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa yang berusia lingkungan 30-an bersama isterinya wanita warga asing berusia 20-an berhenti di stesen minyak berkenaan bagi mengisi angin pada tayar kereta.

Bagaimanapun, mangsa yang menaiki kereta jenis Volkswagen Polo meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada kiri selepas berlaku pergaduhan.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, mangsa yang berhenti di stesen minyak berkenaan telah didatangi sekumpulan lelaki disyaki empat orang menaiki sebuah kereta BMW berwarna putih dengan nombor pendaftaran WB79L.

"Kereta berkenaan menghampiri kereta mangsa dan salah seorang suspek dipercayai keluar dari kereta serta menarik mangsa sebelum dia berjaya menyelamatkan diri.

"Mangsa bergelut dengan salah seorang suspek sebelum suspek yang lain melanggar mangsa sebanyak dua kali," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Mohd Khalil berkata, suspek turut bertindak membaling mercun bagi menakutkan orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan sebelum kesemua mereka melarikan diri.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan pada dada kiri disyaki ditikam serta kecederaan akibat dilanggar.

Dalam pada itu, Mohd Khalil turut memohon kerjasama orang ramai untuk tampil membantu siasatan sekiranya mempunyai maklumat mengenai kedudukan suspek.

"Sesiapa yang mengenali atau dapat mengesan kenderaan ini diminta untuk menghubungi Balai Polis terdekat atau menghubungi Hotline Polis Johor di talian 07-2212999 dengan kadar segera," katanya.

UPDATE...






Sumber: Sehinggit 

UPDATE TERKINI


Tular Suspek Kes Bunuh Ditahan Tidak Tepat - Polis Johor


JOHOR BAHRU – Polis Johor meminta orang ramai menghentikan perbuatan menularkan maklumat kononnya polis telah menahan suspek kes bunuh di Taman Pelangi, di sini malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Azman Ayob berkata maklumat berhubung tangkapan itu seperti yang ditularkan adalah tidak tepat.

“Isu (kes) masih dalam siasatan. Belum ada tangkapan. Akan dimaklumkan bila ada perkembangan. Maklumat telah ada tangkapan tidak tepat. Polis menyeru hentikan tular liar yang boleh ganggu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas maklumat yang tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mendakwa polis telah menahan suspek kes bunuh itu berserta gambar dipercayai suspek kes itu.

Malam tadi, sorang lelaki berusia lingkungan 30-an mati ditikam dan dilanggar sekumpulan empat lelaki menggunakan sebuah kereta di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira 7.30 malam ketika mangsa bersama-sama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kereta di stesen berkenaan. – BERNAMA

Sumber: Mynewshub
Note:
Admin mohon maaf atas kekeliruan info. MOHON SEBARKAN supaya orang ramai tahu bahawa SUSPEK BELUM DITANGKAP!! DAN MASIH BEBAS!!!

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.