Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

Ingatkan Diculik, Lepas Disiasat Rupa-Rupanya....

loading...

GUA MUSANG: Seorang remaja perempuan dipercayai hilang sejak tiga hari lalu apabila didapati dia tidak berada di rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Jeram Tekoh, di sini.

Namun apa yang mengejutkan adalah remaja terbabit dikatakan telah lari mengikut teman lelakinya sejak awal pagi jumaat yang lalu.

Remaja terbabit yang masih lagi bersekolah di tingkatan 5 dikenali dengan nama Noor Habibah Maisarah Mohd Hafizul, 17 tahun mula disedari hilang selepas keluarganya menyedari mangsa tiada di rumah.

Ibunya Noorhasliza Hussin, 37, berkata, bapa kepada remaja terbabit iaitu Mohd Hafizul Ibrahim, 39, dikatakan sempat melihat anaknya membonceng motosikal yang ditunggang seorang lelaki kira-kira jam 1 pagi ketika dalam perjalanan pulang dari bandar Gua Musang untuk ke rumah.

Bapa mangsa katanya cuba mengekori motosikal itu namun gagal mengesan mereka apabila hilang selepas memasuki simpang di kawasan perkampungan.

Tambah ibunya lagi, bapa mangsa juga dikatakan bekerja sebagai pengawal keselamatan di bandar dan apabila dia dalam perjalanan pulang ke rumah dia terserempak dengan mereka yang menghala ke arah Gua Musang.

Anaknya, Habibah dikatakan telah membonceng motosikal Honda EX5 berwarna merah.

Namun begitu, motosikal tersebut gagal dikesan apabila memasuki perkampungan.

Bapa remaja terbabit juga dikatakan turut mencari mangsa di sekitar kawasan Kampung Sungai Asap dan Kampung Limau Kasturi tetapi tidak menemui mereka.

Ibunya juga turut memberitahu bahawa dia berasa sangat bimbang akan keselamatan anaknya apatah lagi dia keluar tanpa pengetahuan mereka sekeluarga.

Sebelum kehilangan anaknya itu, Noor Habibah Maisarah dikatakan sering kali berhubung menerusi aplikasi Whatsapp dengan rakannya yang disyaki mempunyai hubungan istimewa.

Menurutnya lagi, dia juga bimbang akan pelajaran anaknya yang terganggu kerana dia bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sesi persekolahan juga baru dibuka.

Katanya lagi, laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, Jumaat lalu dan orang ramai yang melihat kelibat anaknya diminta menghubunginya di talian 011-40285379.

Dalam pada masa yang sama, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin mengesahkan pihaknya telah menerima laporan kehilangan itu dan operasi mengesannya sedang giat dijalankan.

Sumber: Mynewshub, Editor: Amira

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.