Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

(10 Gambar) "Dulu Pakai Baju Bendera, Sekarang Pakai Baju Lanun Pulak" - Pengantin Viral Dikecam Netizen

loading...

Bila cakap mengenai tema perkahwinan, selalunya pengatin hanya akan menumpukan kepada tema warna semata-mata dan akan memilih warna kegemaran mereka. 

Namun, sekarang ini ramai pengatin yang inginkan konsep perkahwinan dengan tema yang pelik-pelik dan dianggap 'rare'. 

Sebelum ini ada pasangan pengatin yang guna tema budak sekolah, hipster malah ada juga yang guna tema kesultanan melayu melaka sebagai konsep perkahwinan mereka. 

Sebelum ini pasangan pengatin Syarul Hisham Abdul Azim dan Nurul Ashikin atau lebih dikenali sebagai Akak Travel pernah menjadi viral di media sosial apabila membawa konsep Hari Kebangsaan dalam perkahwinan mereka.


Terbaru pasangan ini sekali lagi membuat kejutan dengan mengenakan konsep lain dari yang lain apabila memilih tema 'Pirates of The Caribbean' untuk majlis resepsi pihak lelaki. 

Diadakan di Crystall Ballroom berdekatan The Mines, Serdang pada 24 Disember lalu, tetamu yang hadir turut mengenakan tema lanun untuk memeriahkan majlis mereka. Malah kek perkahwinan mereka turut direka khas dengan tema lanun. 

Foto-foto majlis perkahwinan mereka juga turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata terkejut dan meluahkan rasa kagum dengan kelainan yang dibuat pasangan berkenaan. 

Kami kongsikan kemeriahan majlis mereka ini dibawah.










Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.