Johor: Ibu cekik anak sampai mati sebelum bunuh diri
loading...
JOHOR BAHRU: Seorang wanita mencekik anak perempuannya berusia 10 tahun hingga mati sebelum menggantung diri di sebuah bilik di rumahnya di Taman Indah Heights Dua, Skudai, Johor, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mayat wanita berkenaan, J. Sumanthi, 45, ditemui tergantung di sebuah bilik gimnasium manakala mayat anak perempuannya ditemui di tingkat atas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Supt Beh Eng Lai dalam satu kenyataan berkata, ketika kejadian, dua lagi anaknya yang berusia 16 dan 19 tahun tiada di rumah. Mereka keluar membeli kelengkapan sekolah di sebuah pusat beli-belah di Tampoi.
Katanya, anak mangsa cuba menghubungi ibunya beberapa kali pada jam 7 malam tetapi panggilan mereka tidak dijawab.
"Suami mangsa bertindak mengambil kedua-dua anaknya dari pusat beli-belah dan apabila tiba di rumah mereka mendapati pintu rumah berkunci dan si suami membuka dengan menggunakan kunci pendua.
"Dia menemui isterinya dalam keadaan tergantung di bilik gimnasium di tingkat bawah rumah sebelum bergegas mencari anak bongsunya yang ditemui di tingkat atas dalam keadaan tidak sedar diri dan mempunyai kesan cekik," katanya.
Eng Lai berkata, ambulans dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru tiba di lokasi dan pegawai perubatan mengesahkan Sumanthi maut kira-kira tiga jam sebelum mayatnya ditemui.
Bagaimanapun, katanya siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah terhadap mayat wanita berkenaan.
Menurutnya lagi, Sumanthi merupakan pesakit kanser tahap empat yang sering mengadu sakit serta pernah memberitahu tidak mahu hidup lagi.
Kedua-dua mayat dihantar ke HSA untuk bedah siasat.
Sumber Awani