Tersentak Dapat SMS “Abang, Ina nak minta cerai dari abang. Harap abang dapat tunaikan.” Lihat Apa Yang Lelaki Ini Lakukan…
loading...
Cerita penceraian aku dengan isteri ini berlaku pada tahun lepas. Kitorang dah sembilan tahun berkahwin dan sudah ada dua orang anak.
Masa itu, aku ada dekat office. Dapat first SMS dari isteri.
Tersentak aku. Kenapa pula tiba-tiba? Aku tak balas apa-apa sms dari isteri. Jam pula dah pukul 5, waktu aku bersiap untuk ambil isteri balik kerja. Sampai ke office dia pun dalam roughly pukul 5.30 petang.
Dia masuk dalam kereta dan diam. Aku pun mula buka suara,
“Kita ke Tasik Titiwangsa nak?”
Dia jawab ringkas, ‘okay’.
Tak jauh pun, dalam 10 minit dah sampai, sebab tempat kerja dia kat area Jalan Ampang. Jalan pun tak jem sangat time itu. Kitorang duduk dekat satu pondok. Aku mula bertanya,
“Why so sudden? Sekarang dah rasa abang tak cukup kacak ke,? tanya aku sambil cuba bergurau.
“Sebenarnya Ina dah agak letih. Kesihatan abang tak pernah baik. Setiap pukul 3 pagi, Ina mesti bangun buatkan abang air jus epal untuk ubat sakit batu karang abang tapi tak pernah baik. Malam semalam Ina bangun pukul 3 lagi, buatkan air. Sampai ke office pula, Pendrive Ina rosak. Dalam itu ada dokumen yang bos nak, Ina dah kena marah. Sampai waktu lunch, Ina beli makanan, bihun tu basi pula. Macam-macam hal jadi hari ini. Nak balik tadi, kaki Ina terpeleot sampai jatuh di depan client. Malulah abang. Ina tak cukup tidur, Ina nak mintak cerai.” jelasnya.
Memang betul. Dah lama tapi kesihatan aku tak pernah baik. Aku ditakdirkan terkena batu karang. Dah bermacam kaedah berubat tapi tak juga baik. Dah tiga tahun, ubat tradisional. Aku pun tak pernah guna alternatif perubatan laser sebab mahal. Jus epal yang aku minum itu cuma boleh reduce sakit apa yang aku alami ini. Kalau tak, malam-malam aku mesti berdarah juga la. Financial pula problem sebab anak aku kena hinggap lelah. So duit banyak keluar untuk dia masuk wad. Aku bagi jawapan untuk isteri,
“Abang sebenarnya agak terkedu. Tapi Ina dah buat keputusan. Abang berkahwin dengan Ina bersebab. Kalau bukan untuk bahagiakan Ina, untuk siapa lagi? Tapi Ina tak bahagia, abang kena pulangkan balik hak Ina. Ina berhak untuk lebih bahagia daripada sekarang. Abang minta maaf atas apa yang Ina dah lalui ini. Mungkin tiga tahun masa abang tengah sakit ini banyak membuatkan hati Ina menangis. Tapi takdir Allah ini abang tak boleh tolak. Abang kena teruskan juga kehidupan.
“Abang tunaikan permintaan Ina untuk lepaskan Ina. Abang redha sebab abang sayangkan Ina. Ini pun tanggungjawab. Tapi minggu depan abang lafazkan cerai boleh? Lagipun minggu depan abang outstation, anak-anak kita pula cuti sekolah. Takut diorang terkejut pula benda yang datang tiba-tiba ini.
“Soal pembahagian anak itu, abang takkan berebut. Kita ada dua orang anak, abang akan ambil yang sulung, Ina ambil yang bongsu. Untuk seminggu ini, abang tidur dekat ruang tamu atas sofa. Mungkin anak-anak takkan syak sebab abang akan buka tv sampai pagi masa abang tidur.
“Terima kasih atas jagaan Ina selama sembilan tahun ini. Dah macam-macam kita tempuh. Ina jangan menangis lagi. Air mata Ina itu sangat berharga. Bila kita dah tak bersama nanti, Ina jangan lupa untuk tutup suis seterika pagi-pagi. Lepas Ina gosok tudung, Ina mesti lupa. Abang tak marah. Kereta Kita ini manual, Ina dah lama tak bawa manual kan? Esok abang akan hantar untuk tukar gearbox auto. Ina boleh pakai kereta, abang pakai moto je pergi kerja. Safety first Ina, pakai seat belt masa memandu. Ina selalu lupa, tapi abang pakaikan,” jelasku panjang lebar.
“Minggu depan? Bolehlah, lagipun masa itu cuti sekolah, Ina akan bawa budak-budak balik kampung. Okay.” jawab Ina.
Dalam masa seminggu itu, aku tidur dekat luar. Bernyamuk juga dan panas sebab aircond dekat dalam bilik. Aku jenis tidur mati, berpeluh pun lena je tidur. Tapi Ina tak pernah lupa untuk bangun pagi buatkan aku jus epal untuk minum seperti kebiasaan. Dah bermacam DVD juga aku tengok kat rumah tu. Walhal tak pernah-pernah tengok DVD selama ini. Cuma tahu beli je. Itupun Ina yang nak sebab lepak mapley je mesti beli satu DVD. Aku dengan dia ini tak sama taste. Manalah aku suka cerita jiwang-jiwang ini. Sampailah cukup seminggu hari sabtu pagi.
“Ina, abang nak cakap sikit ni. Datang dekat abang kejap boleh?” panggil ku.
“Ye abang, kenapa?” soalnya.
“Abang dah janji dengan Ina, abang nak lepaskan Ina. Abang nak lafazkan cerai,”
Ina terkejut. “Hah? Tak boleh abang. Jangan! Ina sayangkan abang. Ina dah buat keputusan yang salah. Ina minta maaf. Kita balik semula ye abang. Ina lupa dengan janji abang, tapi Ina tak biasa bila abang tak ada. Orang yang boleh faham Ina dengan baik cuma abang. Ina takkan ulang benda ini lagi dekat abang.” balas Ina sambil menangis.
Nasib baik anak-anak ada dekat luar rumah, kitorang dekat dapur.
“Abang dah lama ampunkan Ina. Ina tak salah dalam hal ini. Abang pun susah hati bila Ina tak ada. Takdir Allah, tuhan dah baikkan hati Ina. Abang tipu sunat dekat Ina. Sebenarnya abang tak ada outstation. Abang bagi alasan itu sebab abang nak Ina bertenang untuk Ina fikir balik keputusan apa yang Ina dah buat. Abang minta maaf. Dah 9 tahun abang pun tak biasa kalau tak tengok kecantikan Ina waktu pagi tanpa mekap. Abang rasa sejuk. Walaupun Ina tidur dengan berbagai gaya. Sendawa Ina lepas makan, betul-betul buat abang tergelak. Langsung tak cover. Tapi itulah, kalau Ina tak nak kat abang ini, abang makin tua makin tampan. Melepaslah Ina.” selorohku.
“Abang niiii!(Ina pun peluk). Ina syampu rambut abang nanti nak? Dah selalu rasa air tangan Ina ni barulah abang tak menggatal.” Ina cuba membodek
“Hamboii. Bodek nombor 1. Haha,”
Alhamdulillah, aku dengan Ina tak jadi bercerai. Takdir Allah hubungan itu selamat dengan masa. Ada cara sebenarnya macam mana aku nak tackle problem ini. Alasan dia sebab dia letih bangun pagi buat jus epal untuk aku. Dia kena tahu, level dia sebagai isteri dia terpaksa buat. Aku tak pernah paksa, cuma aku ini pun orang yang susah untuk bangunkan seawal 3 pagi. Tapi terpaksa dia ini adalah kerja untuk Allah. Yelah, sebab jaga suami kan.
Dari hati yang terpaksa itu dia akan ikhlas. Macam solat, orang yang nak berubah dia kena bentuk diri dia dengan solat. Dia buat dalam keadaan memaksa. Tapi hati ini milik Allah. Lama-lama dia akan ikhlas dan redha. Ikhtiar aku, cuma aku berdoa minta dia dilembutkan hati. Standard orang perempuan, emosi dia ini turun naik. Bila emosi dia naik, moral dia akan down dan marah. Time inilah dia kurang sabar. Bila buat keputusan, memang dia akan ikut apa aja yang terlintas. Dia akan capai yang mana ada dulu dalam fikiran dia. Emosi dia tak stabil.
Ina ini agak pelupa. Sebenarnya ada helah kenapa aku bawa dia ke Tasik Titiwangsa dulu masa dia minta cerai. Kat situ mulanya date kitorang dulu. Waktu itu, Ina tersalah dial telefon. Angka cuma lari satu je dari nombor yang dia nak dial tu. Dia cari Ramli masa tu. Aku bila dengar suara perempuan je, apa lagi. Gunakanlah teknik penyamaran. Lagipun suara dia ini sedap didengar sebab suara manja. Lagilah aku lentok. Cuma dia cakap laju je.
Kereta dia tengah problem masa itu sebab tak boleh nak start (kereta kancil ini dah dijual, aku beli kereta baru). Aku bagi dia troubleshoot. Tapi dia tak pandai sebab orang perempuan kan. Bab-bab ini dia tak laju. Kasihan pun ada sebab dengar suara dia dah nak menangis. Lagilah aku tak jadi nak menipu, aku cakap aku bukan Ramli. Aku cakap aku datang nanti, kalau dia sudi.
Dia dah start risau, tapi aku bagitau waktu siang ini. Aku tak mungkin nak culik dia. Kalau dia ada rasa ragu-ragu, dia boleh jarakkan diri 50 meter dari aku dan start menjerit kalau nampak aku ini meragukan nanti. Niat cuma nak tolong.
Aku sampai, dan jumper battery dia balik dan kereta boleh start. Tapi dia tak jarakkan diri aku pun. Dia tengok dengan penuh minat dan penuh dengan pertanyaan. Aku pun tanyalah,
“Dalam kereta awak ini ada payung berger tak?”
Dia tanya kenapa. Aku jawab.
“Kalau ada, saya nak buka kaunter pertanyaan kat sini”.
Dia kata aku perlu pula. (Hahaha).
Kereta dia memang kemas dan superb wangi. Dia buka pintu kereta dan ambil air twitter masa itu bagi dekat aku. Aku balas,
“Aih takkan ini je? Nasi-nasi tak ada ke? Kot ada jamuan ringan nanti, jangan lupa call pula. Saya ini kuat makan”.
Itulah first aku tengok dia senyum dan gelak. Memang mengekek. ‘aih minah ni, ada bela ke?’ tanya aku dalam hati. (Hahaha!)
Memang betul. Tiap kali gaduh, first thing yang aku recall, macam mana aku boleh kenal Ina ini dan kenapa mesti aku mula bercinta dengan dia dulu. Masa itu dah berlalu. bab ini memang penting. Itulah resepi kenapa aku dengan dia boleh bertahan sampai 9 tahun lamanya. Tapi mata dia memang sangat cantik. Mungki itu sebab kenapa aku terpikat dengan dia kot. Main-main mata dengan aku, mana aku boleh tahan. Cair terus (hahaha)
Sebelum berkahwin dengan Ina ini, aku dah kaji habis-habisan apa watak dia. Tapi masa bercinta itu tak nampak. Agak tricky juga, takkanlah tak ada salah langsung. Makan pun elok je sopan. Macam aku makan dengan permaisuri agong pula. (Haha). Tapi masa bercinta dulu Ina dah terkantoi. Aku tengok tudung dia ada sikit terbakar. So aku tanya kenapa, dia kata dia nak cepat tadi sebab aku dah nak datang. Dari situ sebenarnya aku tahu dia seorang yang agak kurang sabar. Dia tak prepare awal sebelum aku nak datang. Orang macam ini dia cepat buat keputusan bila dia marah.
Orangnya sensitif dan dia seorang yang simple. Simple itu sebab dia suka kenakan pakaian yang ringkas. Dia tak pandai pilih baju. Seluar jeans dia pun kakak dia yang belikan. Dia takut pada lipas, so aku agak dia seorang yang pengemas. bawah katil dia mesti clear tak ada barang. Kalau tak, dia tak senang tidur.
Penyayang, itu pun sebab dia bela kucing. Waktu kucing dia mati dulu, aku ada dan dia riba mayat kucing itu. Kucing itu dah berdarah-darah tapi dia masih boleh riba.
Concern, itu pun sebab dia tengok budak-budak lelaki tak solat, lepak-lepak dekat mapley. Dia tanya aku dah solat belum, dia risau kalau aku tak solat, macam mana aku nak jaga dia esok-esok.
Family first, masa aku kenal dia, dia cepat-cepat bagitau family dia yang dia tengah berkenalan dengan aku. Caring, setiap pagi dia takkan lupa untuk bagi salam dekat aku dan dia tak nak aku kerja lebih masa sebab takut kesihatan aku terabai.
Talkative, kalau bercakap telefon dengan dia, 10 minit pun tak cukup untuk satu sesi. Tabah, dia pernah sakit tapi dia selalu sedapkan hati kuatkan diri untuk family dia. Tak nak family dia risau keadaan dia.
Terurus, dia suka pada benda yang wangi, dia secara natural tak ada bau yang mengharukan.
Friendly, dia seorang yang suka berkawan tapi kadang-kadang orang suka ambil kesempatan pada kebaikan dia ini.
Rajin memasak, dia suka kalau bab-bab nak suruh aku try makan ini. tapi dia tetap tak pandai buat nasi goreng. Mee goreng ok. Lagipun dia ini jenis yang tak makan nasi.
Cantik, ini yang kadang-kadang buat aku risau (jealous memanjang). Dia ada kacukan Korea dan dia gebu orangnya. Tapi dah selamat jadi isteri aku pun. So aku tak risau. She’s really a perfect girl to be married.
Ingat bro, perempuan ini dia perlukan perhatian. Kesilapan paling utama, bila kau buat dia menangis. Time inilah, cerita yang tak ada bakal diada-adakan. Sebab dia confuse. Orang lelaki ini pula suka buat orang perempuan confuse. Bila marah atau kecil hati je diam. Kalau yang panas baran itu, mungkin naik tanganlah. Maki-maki ke. Ini langsung tak gentleman.
Alam perkahwinan ini lain. Susah memang ada, tetapi seronok pun ada. Aku kahwin dengan Ina waktu dia masih muda, dia baru habis belajar. Pembawakan dia agak kebudak-budakan tetapi pelahan-lahan dia matang bila dah jadi isteri. Banyak part yang dia akan belajar, secara automatiknya dia akan pandai.
Contoh, dia tak pandai gosok baju kemeja dulu sebab dia tak pernah buat. Aku ajar dia gosok, sampai sekarang dia pandai, baju kemeja aku memang kemas. Member-member mesti tegur, kau pakai baju baru ke ini? (kembang semangkuk sat). Bini pandai jaga, memang tip toplah hasilnya aku ini. (Hehehe)
Belanja aku nasi kandar berbuka nanti boleh? Aku dah penat turunkan ko ilmu ni Nik. Lauk tambah ye. Haha
Sumber: informasidbt
Kredit AdamHawa

“Assalam abang, Ina nak minta cerai dari abang. Harap abang dapat tunaikan.”