(8 Foto) "Jahanam Apartment Sewa Pada Lelaki Ini" - Pemilik Terkejut Rumah Hampir 'Hancur' Dan Bil Elektrik Cecah RM2,000!
loading...
Kisah penyewa rumah yang tidak menjaga keadaan rumah yang disewa sememangnya amat memeningkan kepala tuan rumah. Apatah lagi jika penyewa meninggalkan jumlah bil elektrik dan air yang tertunggak.
Baru-baru ini, seorang pemilik tuan rumah yang menyediakan perkhidmatan sewa melalui Airbnb mendapat satu kejutan yang amat mengejutkan!
Memetik laporan World of Buzz, Simon Landsheer mendapati apartmentnya di M City, Jalan Ampang telah disewakan kepada seorang lelaki bernama Mohammed dari Arab Saudi.
Mohammed menyewa rumah tersebut selama enam minggu dan kerap menyambung tempoh sewaan dari minggu ke minggu.
"Kali ini dia terlupa nak sambung. Jadi pada hari dia sepatutnya keluar, cleaner saya pergi dan mendapati rumah itu berada dalam keadaan teruk. Kami tidak dapat mengejutkanya dari tidur sehingga terpaksa meminta pihak pengawal keselamatan datang membantu," katanya.
Berdasarkan keadaan gambar yang dikongsi oleh Simon, rumah tersebut berada di dalam keadaan kotor dan hampir hancur.
Perabot yang tercabut, kesan calar di dinding, tumpahan pelbagai jenis air di lantai malah lebih teruk lagi beberapa peralatan memasak juga dalam keadaan kotor dan tidak dicuci.
"Dia buka semua gajet dan keluarkan baterinya dengan menggunakan pisau. Powerbank, telefon dan laptop. Banyak yang kami temui dalam rumah ini," katanya.
Simon juga tidak menolak kemungkinan penyewa tersebut merupakan seorang penagih dadah berdasarkan beberapa alat seperti paip yang ditemui di dalam rumahnya.
Selain perlu menampung kos membaiki kerosakan rumah yang dibuat oleh penyewanya, Simon turut perlu menjelaskan bil elektrik yang hampir mencecah RM2,000!
Dia juga berharap pihak Airbnb dapat memberi sedikit pampasan selepas kos membaik pulih rumahnya dalam keadaan asal selepas menyerahkan semua invois kepada Airbnb.
Namun begitu, pihak Airbnb enggan bertanggungjawab di atas kerosakan yang dialami Simon menyebabkan dia berang dan menasihati mana-mana pemilik rumah yang ingin menyewakan rumah mereka melalui Airbnb untuk berfikir terlebih dahulu kerana takut akan menanggung kerugian yang dialami sepertinya.
Mengikut carian, beberapa pemilik rumah juga pernah membuat aduan mengenai lelaki tersebut yang didakwa telah menghancurkan rumah mereka. - www.kakishare.tv