Bagai Hilang Akal! Lihat Tindakan Lelaki Ini Gara-Gara Bos Lambat Bayar Gaji ! (4 Gambar)
loading...
BERANG gaji lambat dibayar, seorang buruh binaan bertindak di luar jangkaan apabila mengamuk dengan memukul anak majikan dan rakan sekerja di Sibu, Sarawak.
Tidak setakat itu, lelaki berusia awal 30-an itu turut bertindak membakar kereta rakan sekerjanya selepas cuba mententeramkan suspek dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 petang kelmarin.
Insiden di sebuah tapak pembinaan di Jalan Aman itu bermula apabila suspek bersama dua lagi individu dipercayai pasangan suami isteri pada mulanya berkumpul di tapak pembinaan untuk mengambil gaji.
Bagaimanapun, suspek dikatakan berang selepas dimaklumkan oleh anak majikannya yang berusia 24 tahun mengenai kelewatan pihak syarikat membayar gaji kepada pekerja pada bulan ini.
Justeru, rakannya berusia 35 tahun cuba menenangkan suspek, namun dia terus mengamuk dengan memukul isteri rakannya itu dan anak majikannya.
Tidak cukup menyerang ketiga-tiga mangsa, suspek kemudian bertindak nekad membakar pula kereta Perodua Kancil milik pasangan berkenaan sebelum bertindak melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zailani Amit berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua, Tahir Tuah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.
Kenderaan terbabit terbakar hampir 85 peratus dan nilai kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan mencecah RM12,000.
Kes masih disiasat dan polis sudah mengenal pasti identiti suspek dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan. -MYNEWSHUB.CC