Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

"Berani buat, berani tanggung"- Lihat komen Menteri isu buruh haram Malaysia di Korea

loading...

LAPORAN KHAS

PETALING JAYA: "Berani buat, berani tanggung." Demikian nasib rakyat Malaysia yang bertindak melulu ke Korea Selatan untuk mengejar gaji lumayan yang ditawarkan dan kini terkandas akibat pelbagai masalah.

Status pekerja tidak sah kerana menyalahgunakan tempoh tiga bulan sebagai pelancong itu adalah faktor utama yang menyukarkan pihak kerajaan Malaysia untuk menyalurkan bantuan.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, mereka yang menerima tawaran  pekerjaan di luar negara wajar mengambil inisiatif untuk mendapatkan maklumat sahih dan terperinci mengenai syarat-syarat bekerja di negara tersebut.



Baca juga: Cacat, Pokai Habuan Buruh Haram Malaysia Di Korea Selatan, Pendedahan Mengejutkan Ini Buka Mata Ramai Pihak!

"Sila dapatkan maklumat melalui kedutaan asing yang berkenaan di Malaysia atau Kedutaan Malaysia di negara berkaitan.

"Kedutaan Malaysia di luar negara akan sentiasa membantu rakyat kita tetapi terpaksa menghadapi kesukaran dalam memberi bantuan konsular sekiranya mereka didapati bekerja di luar negara tanpa permit sah," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Rata-rata mangsa mendakwa, para ejen yang membawa mereka ke Korea Selatan bertindak lepas tangan sekiranya mereka mengalami kecederaan di tempat kerja.

Malahan, Reezal Merican mengakui sedia maklum mengenai kegiatan segelintir pihak yang menawarkan peluang pekerjaan sambil melancong kepada rakyat Malaysia dan mengumpan mereka dengan gaji lumayan.

Tambahnya, mana-mana individu yang memasuki sebuah negara tanpa permit atau visa sah, termasuk permit pekerja asing, boleh dihadapkan dengan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa tempatan.

"Hal ini juga secara tidak langsung boleh mencemarkan imej negara kita. Oleh itu, saya ingin menasihati semua pihak untuk berwaspada dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan sebegini.

"Setiap rakyat Malaysia yang ingin mengunjung mana-mana negara hendaklah mematuhi syarat kemasukan dan undang-undang tempatan yang sewajarnya," ujarnya.

Sumber mStar Online yang menetap di Korea Selatan mendedahkan, hampir semua yang bekerja di sana memperjudikan nasib masing-masing selepas diminta membayar antara RM4,000 hingga RM5,000 kepada ejen tanpa mengetahui tugas atau bidang kerja yang ditawarkan kepada mereka.

Tawaran gaji berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan kerja-kerja '3D' (dirty, difficult, dangerous-kotor, sukar,bahaya)yang tersedia di Malaysia menjadi faktor utama rakyat kita sanggup mengambil risiko mencari rezeki di negara K-pop itu.

Namun, ada harga yang harus dibayar untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji antara RM6,000 hingga RM12,000 sebulan tersebut.

Dibiarkan bekerja lebih masa, tidak dibekalkan pakaian keselamatan, hilang anggota badan akibat kemalangan, dipukul majikan dan tidak dibayar gaji adalah antara situasi yang membelenggu pekerja asing di negara tersebut.

Sumber Mstar

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.