"Celik Mata Je Benda Tu Dah Depan Mata" - 4 Kisah Seram Ini Buat Ramai Meremang Nak Ke KLIA
loading...
Beberapa ketika dulu, viral sebuah video dimana seorang pengawal keselamatan di KLIA dikatakan telah dirasuk oleh 'cik ponti' di kawasan tempat letak kereta.
Susulan itu ramai yang berkongsi kisah seram yang pernah mereka alami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dan terbaru, viral di laman Twitter perkongsian seorang netizen @zammir mengenai kisah seram tentang misteri yang melanda lapangan terbang tersebut.
Malam ini aku nak buat bebenang cerita misteri tentang KLIA Airport.
Okay, dulu tapak KLIA ini adalah kawasan orang asli dan ladang kelapa sawit. KLIA ini secara rasmi dibuka kalau tak silap pada tahun 1998. Aku berumur empat tahun pada masa itu. Sekarang aku tinggal tak jauh dari KLIA itu juga. Jadi adalah cerita yang aku tahu tentang KLIA ini dari buah mulut orang-orang di sini.
TERDENGAR BUNYI ORANG BERJALAN, BERLARI-LARI
Ini dari apa yang orang ceritakan kepada aku. Kisahnya di bilik maintenance staff.
Di dalam maintenance kitorang, dah ada ramai juga jumpa. Yang ini member aku, perempuan, dia pernah nampak semasa kerja shift malam. Ini masa tidurlah sebab we all on standby. Kalau tak ada masalah sistem, bolehlah tidur sampai pagi.
Yang member aku jumpa ni, budak lelaki seorang diri di hujung tilam, tengah duduk mencangkung menghadap dia di area kelopak mata tu putih macam lotong tu. Yang seorang lagi sama juga tetapi betul-betul di tepi tilam sederet dengan kepala member aku ini.
Member tercelik mata nak pusing masa tidur, tetapi tiba-tiba benda itu jenguk betul-betul depan muka member aku. Dia terkejut dan terus bangun, kejutkan member dua orang lagi yang bekerja shift malam itu, suruh alihkan tilam sebab terpaksa tidur dekat-dekat dengan budak-budak lelaki.
Selepas dia baring di bahagian lain, masa diorang nak lelap semula, terdengar orang berjalan dan berlari-lari di tepi tilam member.
'ADA ORANG PANGGIL NAMA AKU, TAPI...'
Ini aku ceritakan semula apa yang diorang ceritakan pada akulah. Kisah ini di Gate C17.
Okay, next di Gate C. Gate C ini dekat dengan satelite building. Tempat international departure. Siapa pernah naik flight international, dia tahulah kot.
"Kisahnya bermula, ada satu malam itu sebelum puasa tahun 2007. Aku nak balik dah, tengah kemas-kemas gondola selepas recount duit. Kemudian aku pergilah jumpa member aku di kedai Dunhill, menuju ke Gate C31-C37. Masa itu flight Cathay Pacific CX0057 dah satu jam lebih boarding.
"Selepas pergi jumpa member aku tu, aku pun pergilah tandas berhampiran travellator itu. Aku tengok tak ada orang, lengang gile floor tu. Gate pula semua dah closed. Keluar dari tandas tu, aku terdengar orang panggil nama aku dari mezzanine floor satellite. Aku tengok, tak ada orang, masa itu restaurant Rimba itu pun dah tak ada orang."
PEREMPUAN BERAMBUT PANJANG
Jalan di sekitar KLIA. Korang pernah pergi KLIA, jalan dia seram nak mampus! Siang ke, malam ke, haih! Banyak pokok-pokok yang membuatkan dia nampak seram.
"Cerita ini pun dah lama tetapi masa itu KLIA dah buka dah. Terjadi pada saudara dia. Saya tak ingat saudara dia perempuan atau lelaki. Saya andaikan yang perempuanlah.
"Ceritanya, setiap pagi lebih kurang jam 3-4 pagi, saudara dia akan hantar suami dia pergi kerja di KLIA. Dia bawa anak-anak mereka sekali yang sedang tidur.
"Jam 1 pagi, dalam perjalanan nak balik ke rumah selepas menghantar suaminya, tiba-tiba ternampak ada seorang perempuan berambut panjang duduk di tempat duduk sebelah sambil memerhatikan dia. Memang dia kecut gile! Tetapi dia maintain bawa kereta.
"Sepanjang perjalanan sampai ke rumah, perempuan itu ada."
TERJUMPA HANTU APEK
Di parking underground KLIA, blok mana tak pasti. Ada orang terjumpa hantu apek di parking, meminta duit kecil nak bayar parking.
Siasat punya siasat, rupa-rupanya apek itu sudah mati bunuh diri di kawasan itu. Apek itu terjun bangunan dan orang yang bernasib baik saja akan ditegur apek ini.