Datuk Siti Sudah Cipta Lagu Untuk Anaknya, Tengok Macam Mana Dia Dapat Idea... Lawak Betul! Hahaha
loading...
Datuk Seri Siti Nurhaliza sudah mempunyai lagu untuk anaknya yang bakal lagi bulan Mac nanti. Katanya, ilham lagu tersebut tercetus ketika berada dalam bilik air, dimana beliau sering menyanyi.
“Saya ada tiga melodi untuk dipilih dan dijadikan lagu untuk anak saya nanti. Insya-Allah ia akan dirakam dalam masa terdekat sebelum dia lahir. Idea datang ketika dalam bilik air dimana saya sering menyanyi-nyanyi dan terfikir apa salahnya buat lagu istimewa untuk bayi ini nanti”
Bagaimanapun lagu yang dicipta khas itu masih belum mempunyai tajuk yang sesuai. Berkongsi pula mengenai jantina bayi yang bakal dilahirkan, Siti memberitahu beliau juga menunggu suami memberi keizinan barulah berita itu akan dimaklumkan kepada umum.
“Dia boleh dengar bila dia besar. Belum ada tajuk lagi mungkin bila sudah buat lirik nanti baru ada idea untuk tajuk. Saya tidak tahu bila masa yang sesuai untuk dedahkan, mungkin bila suami sudah beri ‘green light’ baru saya kongsikan dengan peminat,” katanya kepada m Star Online.
Turut gembira bila mendapat tahu berita kehamilan Siti. Bukan sahaja Siti, rasanya peminat juga turut sama teruja ingin melihat wajah bayi comel yang bakal dilahirkan itu. Semoga Siti baik-baik sahaja melalui kehamilan ini.
-www.kakishare.tv