"Saya Merayu Jangan Kutuk Ibu Mangsa..Dia Tak Bersalah" - Kes Ayah Rogol Anak Kandungnya Sendiri Sejak 2013
loading...
Semalam, seorang nelayan dijatuhkan hukuman penjara 115 tahun dan 24 sebatan atas lima tuduhan sumbang mahram dan merogol anak kandungnya sejak 2013 hingga Oktober lalu.
Ibu mangsa dikatakan tidak mampu berbuat apa-apa walaupun mangsa mengadu perbuatan terkutuk suspek kerana bimbang dipukul oleh suspek. Reaksi netizen mengecam tindakan ibu itu yang dituduh bersubahat dan membiarkan mangsa dirogol sejak 2013.
Namun, sepupu kepada mangsa tampil memberi penjelasan ibu mangsa tidak bersalah kerana wanita tersebut menjadi mangsa kezaliman suaminya sendiri. Ini penjelasan dari sepupu kepada mangsa.
"Saya nak beri penjelasan mengenai kes bapa rogol anak dan juga ibunya. Tolonglah, ibu saudara saya tidak bersalah dalam hal ini," katanya yang enggan didedahkan nama.
"Memang mangsa (sepupu) mengadu perbuatan terkutuk bapanya itu kepada ibunya, tetapi ibu dia tidak mampu berbuat apa-apa. Malah, ibunya juga adalah mangsa yang telah didera dari segi mental dan fizikal oleh suaminya sudah bertahun-tahun lamanya.
"Ditendang dan dipukul, itu sudah lali bagi diri dia. Selain itu ibu saudara saya yang berbadan kecil itu juga pernah dihempas, disepak dan terajang suaminya. Sudah lama dia menanggung penderitaan ini.
"Kalau benar ibu saudara saya bersubahat dengan suaminya, sudah lama polis akan mengambil tindakan terhadapnya tetapi tidak, kerana polis tahu akan keadaan dirinya yang sebenar.
"Nak kutuk, kutuklah bapa saudara saya itu, saya tidak kisah tetapi bukan ibu saudara saya yang ternyata tidak bersalah. Saya merayu pada orang ramai berhenti mengecamnya di media sosial.
"Ibu saudara saya ini keluar dari kampung pun setahun sekali. Kadang-kadang langsung tak pergi ke mana-mana. Jauh sekali nak bawa motosikal dengan mata tak nampak.
"Nak menghubungi polis? Telefon bimbit pun tak ada. Jangan kata telefon bimbit, entah-entah suaminya tak bagi langsung nafkah pada ibu saudara saya itu.
"Pihak media tidak mengeluarkan kenyataan ibu mangsa, malah tidak menyebut empat lagi kes yang dilakukan oleh suaminya. Tolonglah, saya merayu, berhenti mengecam ibu saudara saya yang tidak bersalah itu," -www.kakishare.tv