Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

Kereta Mewah Rolls Royce Milik Aliff Syukri Disita, Terkejut Bila Tahu Sebabnya! (3 Gambar)

loading...

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita kenderaan di percayai milik Pengarah Urusan D'Herb Holding, Datuk Aliff Syukri malam tadi ketika Operasi Patuh bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

KERETA Rolls Royce tersebut termasuk di antara 20 kenderaan yang disita ketika operasi yang dilakukan pada jam 8.30mlm tadi di Jalan Bangsar.

Ketika di tahan pada kira-kira jam 11.00 malam , kenderaan tersebut di sewa oleh seorang warganegara Australia dan di tahan kerana kesalahan kawasan pengisytiharan pennggunaan Lesen Kenderaan Motor yang tidak sah.

Pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut melalui sistem JPJ mendapati Kenderaan tersebut di daftarkan atas nama Datuk Aliff Syukri.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, selain kesalahan berkenaan kenderaan berkenaan turut disaman kerana nombor plat tidak mengikut spesifikasi.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata,

“Siasatan mendapati kenderaan berkenaan menggunakan LKM Sarawak dengan harga RM5,000 iaitu jauh lebih murah harga sebenar LKM yang perlu dibayar iaitu kira-kira RM20,000"


“LKM di negeri itu (Sarawak) hanya boleh digunakan untuk kenderaan di negeri berkenaan sahaja dan kita sedang menyiasat bagaimana kenderaan berkenaan boleh berada di semenanjung,” katanya pada sidang media Op Patuh di Jalan Bangsar, malam tadi.

Di dalam sidang media tersebut Datuk Wan Ahmad Uzir menyatakan, 2,080 kenderaan diperiksa dalam operasi di Jalan Bangsar dan Jalan Genting Klang.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 297 kenderaan dikenakan tindakan kerana pelbagai kesalahan, antaranya menggunakan nombor plat tidak mengikut spesifikasi, LKM tamat tempoh dan tiada lesen memandu.- Harian Metro - Editor : John Castello

Kredit Gambar Berita Harian Online


Kredit Gambar Harian Metro

Kredit Berita

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.