Tular Di WhatsApp Kes Culik Bayi Di Hospital Rupa-Rupanya????
loading...
KELANTAN - Seperti yang tular melalui Pesanan Ringkas (WhatsApp) semalam , ini penjelasan pihak polis mengenai mesej tersebut.
Polis menafikan berlaku kes culik bayi di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, sebaliknya kejadian jam 9.15 malam berlaku selepas bayi perempuan yang dilahirkan pra-matang pada 24 Disember lalu, diambil ibu bapanya tanpa kebenaran pihak hospital.
“Ketika itu berlaku sedikit kekecohan di hospital, termasuk tarik menarik antara jururawat dan bapa bayi berkenaan”.
“Bayi itu masih menerima rawatan sebelum bapanya berusia 29 tahun mengambilnya dari wad”.
“Demi keselamatan bayi, jururawat terpaksa melepaskan bayi yang berada dalam pegangan lelaki berkenaan”.
“Pengawal keselamatan juga telah cuba menghalang namun dia berjaya melarikan diri dengan kereta”.
“Pihak hospital kemudian menghubungi polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati pasangan suami isteri sebelum ini dikatakan berkahwin di Thailand.
“Kejadian berkemungkinan berkaitan bayaran bil hospital namun siasatan lanjut masih dijalankan dan usaha mengesan mereka juga sedang dilakukan,” katanya.
Gambar Hiasan
Sumber: Harian Metro– Editor: Amylea Nazrul