Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

Megat Shahdan siar video bunuh orang

loading...
VIDEO kedua propaganda anggota Daish dari Singapura, Megat Shahdan Abdul Samad, muncul di internet menunjukkannya menembak mati tiga lelaki.

Straits Times melaporkan, dalam video lapan minit itu, Megat Shahdan, 39, dan dua lagi lelaki berpakaian celoreng dikongsikan di media sosial serta kumpulan sembang. Ia diselitkan dengan adegan serangan bom serta kenderaan yang diselang-seli dengan senario di stadium dan majlis keramaian.

Pada hujung video itu, Megat Shahdan bercakap dalam bahasa Inggeris memberi pesanan kepada pengikutnya sebelum menembak mati seorang lelaki yang melutut di depannya.

Pakar keselamatan berkata, video itu nampak tulen dan dipercayai pertama kali dimuat naik Jumaat lalu.

Megat Shahdan, 39, sebelum ini muncul dalam klip video Daish selama tiga minit setengah pada September lalu, mengajak orang ramai menyertai perjuangan kumpulan pengganas itu di Asia Timur atau Asia Barat, malah mencabar Putera Harry dari Britain untuk bertempur.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura menyatakan ia tiada maklumat lanjut mengenai video itu.

Seorang lagi lelaki dipercayai dari Asia Tenggara namun bukan rakyat Singapura turut dilihat dalam video itu.

Megat Shahdan, yang mempunyai rekod jenayah termasuk dadah dan kongsi gelap, ke Asia Barat untuk bekerja pada 2014 dan menjadi radikal di sana sebelum ke Syria menyertai IS.

Sumber Metro

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.