Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

Lihat Komen JAKIM Selepas Video Wanita Pelihara Anjing Ini Jadi Tular

loading...
Sejak kebelakangan isu pegang anjing dan bela anjing semakin menjadi-jadi di laman sosial. Ada yang mengutuk orang yang memegang anjing adalah haram dan ada yang mempertahankan mereka kerana anjing juga adalah salah satu makhluk Tuhan.

Seperti yang terjadi pada seorang pengguna Facebook Nurhanizah Abdul Rahman yang telah memuat naik videonya memelihara dan memegang seekor anjing dikenali Bubu baru-baru ini:

Nurhanizah telah memuat naik klip video tersebut sebagai penyertaan dalam satu pertandingan pencinta haiwan. Anjing peliharaan yang dinamakan Bubu itu diselamatkan sewaktu terdapat operasi bagi membunuh anjing besar-besaran pada 2015 lalu.

Dalam video itu, Nurhanizah menerangkan mengapa beliau sanggup memelihara Bubu dan kecaman yang diterima daripada masyarakat di sekeliling.

Dalam perkembangan terbaru, posting video itu telah dipadamkan di Facebooknya setelah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata netizen melemparkan komen-komen negatif pada wanita ini dan segera bertaubat pada jalan yang benar.

Menurut laporan dari Harian Metro, video tersebut mendapat reaksi dari Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha berkata, umat Islam yang dengan sengaja memegang anjing diingatkan segera bertaubat kerana telah melakukan perbuatan yang menjurus kepada menghina agama Islam.

“Perbuatan memelihara anjing seolah-olah cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam.

“JAKIM amat menyesali perbuatan memegang anjing secara sengaja begini tanpa sebarang sebab yang dibenarkan dalam Islam.

Dalam kenyataan yang sama, pihak JAKIM berharap wanita tersebut dinasihatkan agar dapat merujuk kepada pihak JAKIM berkaitan hukum memelihara anjing.

Kredit-Hangat.com
Sumber Harian Metro

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.