‘Saya Dilahirkan Untuk Bunuh Rakyat Palestin’
loading...
PADA 26 Februari 1988, Wael Joudeh, 17, dan sepupunya Osamah dalam perjalanan pulang selepas membawa biri-biri mereka meragut rumput.
Dalam perjalanan itu mereka menyedari segerombolan askar Israel mengekori mereka.
Wael dan Osamah ditangkap askar Israel, tubuh kedua-dua mereka dipukul dan dihentak dengan batu.
Selama 30 minit tubuh mereka dibelasah tanpa belas kasihan dan tulang badan mereka banyak yang patah.
Video insiden kejam itu dirakam kejadian pertama didokumenkan yang menyoroti perbuatan Israel itu jelas ‘melanggar polisi’.
Hari ini, Wael duduk di batu sama yang dia pernah ditolak dan dipukul sebelum ini. Dia duduk di situ dan mengimbau kesakitan yang dianggap itu yang terakhir.
“Pada mulanya, salah seorang askar Israel itu menanggalkan topi tentera kerasnya dan mula mengetuk kepala sehingga saya rebah ke tanah, dia kemudiannya memukul saya tanpa kawalan,” katanya memetik Al Jazeera.
“Kemudian askar itu membangunkan saya lalu menghentam topi kerasnya tepat pada muka lantas menjerit, saya dilahirkan untuk membunuh rakyat Palestin,” jerit tentera itu kepada Wael.
“Manakala salah seorang daripada mereka melipat lengan saya ke belakang, dan yang lain mula menumbuk pergelangan tangan saya dengan batu, mereka cuba patahkan semua tulang tangan saya,” katanya.
Ketika itu, Osamah cuba melarikan diri, namun dia diseret tiga tentera Israel dan turut memukulnya hingga di tanah.
“Mereka memukul kami dengan setiap auns kudrat yang mereka ada. Tentera-tentera Israel itu bukan saja mahu mematahkan tulang belulang dan menyakitkan fizikal kami, malah mereka juga memalukan dan menghancurkan semangat kami.
“Mujur batu-batu di Palestin ada belas kasihan, sebab itulah kami selamat,” kata Wael.
Wael dan Osamah tidak sedar, pada masa itu seorang lelaki di dalam bangunan yang terletak kira-kira 200 meter merakam video saat mereka berdua diseksa.
Walaupun wanita dari kampung berdekatan cuba menghentikan serangan itu, namun askar Israel mengheret mereka berdua ke kenderaan lalu diangkut ke pusat tahanan Tubas ‘al-Faraa yang terletak di Tebing Barat.
Tumpuan dunia
Pada malam itu, pegawai Israel menyerbu sel Wael dan bertanya, adakah kamu salah seorang yang dipatahkan tulang oleh askar? Katanya, sekarang dunia andaikan kamu mati.
Kemudian, Wael dan Osamah dibawa ke sebuah bilik yang terdapat di pusat tahanan, mereka berdua terkejut apabila melihat sekumpulan wartawan meluru ke arah mereka.
Lensa kamera tertumpu ke arah mereka sambil menyoal dengan nada keras bagaimana insiden itu dirakam.
“Kami tidak tahu kejadian itu dirakam, kami terkejut,” kata Wael menjelaskan keadaan sebenar .
Wael dan Osamah kemudian dilepaskan akibat tekanan media.
“Kami jangka askar Israel akan menahan kami semula selepas wartawan beredar, tetapi mereka tidak melakukannya,” luahnya.
Insiden itu bukan kali pertama Wael selamat daripada penculikan. Pada 31 Disember 1985, sekumpulan peneroka Israel menculiknya ketika dalam perjalanan ke sekolah.
Dalam tempoh enam tahun semasa Intifada, Wael ditangkap lima kali menghabiskan tempoh berbeza-beza di penjara Israel.
Kini berusia 46 tahun, Wael bekerja sebagai pekerja Kementerian Kewangan Palestin. Beliau berkahwin pada tahun 1996 dan mempunyai empat orang anak, dua daripadanya adalah pelajar universiti.
“Saya selalu memberitahu anak-anak apa yang berlaku kepada saya, saya tidak pernah cuba menyembunyikannya. Mereka selalu menceritakan kisah saya kepada rakan dan sahabat mereka," katanya.
Wael dan Osamah dianggap ikon utama Intifada pertama yang memunculkan kebangkitan akar umbi, yang memaksa Liga Arab mengadakan pertemuan darurat mengenai nasib rakyat di wilayah Palestin yang diduduki.
Sumber - Sinar Harian