(VIDEO) 20 Samseng ‘Tahi Kucing’ Belasah Seorang Lelaki Lepas Ajak Jumpa
loading...
Sekurang-kurang 20 lelaki ala samseng bertindak memukul seorang lelaki berusia 26 tahun dalam kejadian di Kampung Layang-Layang, Kluang, Johor Bahru, Jumaat lalu.
Menurut sepupu mangsa, Umi Maisara menerusi kemaskini di laman Facebook yang kini tular di laman sosial, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa telah pergi ke sebuah kedai makan selepas diajak oleh tunang dan teman lelaki baharunya, kononnya mahu menyelesaikan masalah yang timbul secara baik.
Mangsa diminta untuk datang seorang diri bagi berjumpa dengan wanita tersebut dan teman lelakinya.
“Dia (tunang mangsa) meminta sepupu saya datang ke kedai mamak tempat dia dan kekasihnya lepak. Sepupu saya datang seorang diri untuk menyelesaikan masalah dengan cara baik seperti yang dikatakan.
“Selepas sepupu saya sampai di tempat itu, kekasih perempuan itu telah memukul sepupu saya. Tidak lama selepas itu, muncul 20 orang lelaki dari arah berlainan terus memukulnya beramai-ramai,” katanya dalam catatan tersebut, pada Isnin.
Umi mendakwa kejadian serangan terhadap mangsa seolah sudah dirancang dari awal. Dia turut memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.
Berdasarkan rakaman, mangsa dilihat tiba di lokasi kejadian dengan menunggang motosikal, dan seorang wanita dan lelaki itu pula sudah berada di situ menunggu kedatangan mangsa.
Mangsa kemudian bersemuka dengan teman lelaki tunangnya, sebelum dilihat berlaku sedikit pergelutan yang menyebabkan mangsa ditumbuk.
Sebaik sahaja lelaki terbabit menyerang mangsa, kelihatan sekumpulan lelaki dari arah bertentangan berpusu-pusu keluar, seolah-olah sudah menunggu ‘lampu hijau’ untuk membelasah mangsa.
Mangsa dibelasah beramai-ramai termasuk dibaling dengan kerusi dan meja, selain motosikalnya diterbalik dan dirosakkan oleh dua lelaki daripada kumpulan terbabit.
Geng tunang mangsa kemudian dilihat berpecah, dipercayai cuba melarikan diri sebaik sahaja membelasah mangsa.
Tambah Umi, sehingga kini kesemua suspek yang menyerang sepupunya masih bebas. Difahamkan juga, tunang mangsa telah membuat laporan polis mendakwa mangsa yang memulakan serangan terlebih dulu.
“Segala bukti CCTV dan perbualan antara sepupu saya dan perempuan tersebut telah disimpan sebagai bahan bukti,” ujar Umi.
VIDEO
Sementara itu memetik Bernama, Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham mengesahkan mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ekoran tindakan mangsa yang memalukan tunangnya dalam laman Facebook dengan mengatakan tunangnya ada berhutang dengannya.
Situasi bertambah rumit apabila tunang mangsa dikatakan mempunyai teman lelaki baharu, yang tidak berpuas hati kerana mangsa mengganggu teman wanitanya dengan cara memberi mesej dalam aplikasi Whatsapp dan Facebook.
“Suspek telah dikenal pasti dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya,” katanya dalam di Johor Bahru, malam tadi seperti dilapor Bernama.
Semakan di laman sosial pula mendapati rata-rata pengguna Facebook mengecam tindakan tunang mangsa dan kumpulan terbabit dengan menggelarkan mereka sebagai 'samseng tahi kucing'.
Kredit- malaysianDigest