Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

TERBONGKAR ! Ke Mana Pergi Hamas dan Al Qassam Ketika Palestin Diserang? Ini Jawapannya…

loading...


Jika ada perarakan tentera Al Qassam akan ramai yang menyindir, “Ada banyak senjata canggih tapi cuma buat perarakan saja.”

Jadi, ke mana sebenarnya Hamas dan Al Qassam ni menghilang saat Palestin diserang? Ramai tidak tahu, rupa-rupanya ini sebabnya..

Jika ada berita tentang konfrontasi antara warga Palestin dengan Israel, atau ada hukuman dikenakan kepada warga Palestin oleh penjajah Israel, maka akan ramai yang bertanya, “Di mana Hamas, di mana Al Qassam?”

Jika ada perarakan tentera Al Qassam akan ramai yang menyindir, “Ada banyak senjata tapi cuma buat perarakan saja.”

Penyumbang Middle East Update (MEU) mendapat peluang untuk membuat temubual dengan seorang rakan dari Jabalia, Jalur Gaza, Palestin. Beliau bernama Saed Alhasani, seorang warga Palestin yang bersedia meluangkan waktu dan dengan senang hati menjawab beberapa soalan.

Berikut ini hasil temubual setelah diterjemahkan dari Middle East Update, semoga boleh meningkatkan pemahaman kita apa yang saat ini dihadapi saudara-saudara kita di Palestin:

S: Ada beberapa rakan di Indonesia bertanya, mengapa orang Palestin melawan dengan menggunakan batu dan lastik? Mengapa mereka tidak menggunakan senjata yang lebih membunuh?
Saed Alhasani: Mereka menggunakan batu di Tebing Barat dan Jerusalem, iaitu kawasan pendudukan Zionis, dan pihak berkuasa Palestin menguasai sebahagian besar senjata (yang digunakan untuk) konfrontasi di sana, mereka juga mencari dan mengesan pemilik senjata, jadi sangat sukar untuk memiliki senjata di sana.


S: Saya juga melihat para pemuda Palestin di Gaza menggunakan batu dan lastik ketika pertembungan menentang Israeli Occupation Forces (IOF) di sempadan. Seperti yang saya tahu, ada banyak senjata yang boleh didapati di Gaza.

Saed: Ini adalah seperti konflik perkauman antara IOF dan beberapa pemuda Palestin saat tidak ada perang atau konflik bersenjata berat yang terjadi.

Menggunakan senjata berat bererti memasuki perang yang membunuh. Sementara kumpulan tentera (Palestin) dapat memanfaatkan waktu seketika antara perang untuk bersiap-siap dan mempersiapkan diri dengan latihan dan pengeluaran senjata dll, para pemuda terus melakukan pertempuran melawan IOF dengan batu dan apa-apa sahaja yang boleh mereka dapati.


S: Atau mungkin, batu dan lastik selalu digunakan kerana telah menjadi simbol pertempuran di Palestin, walaupun senjata tersebut tidak ada apa-apa dibandingkan dengan senjata lengkap IOF.
Saed: Ya, ia menjadi simbol pertempuran, walaupun bukan cara yang terbaik untuk melawan pendudukan.

Konfrontasi bukan mudah, orang-orang (Palestin) dan ahli briged tentera harus tahu bila mereka boleh menggunakan senjata dan bila mereka boleh menggunakan batu, dan bagaimana menghadapi, menangani kesan dan akibat (dari tindakan pertempuran).


S: Di Tebing Barat ada banyak tindakan sewenang-wenangnya terhadap warga Palestin, ada ke tindakan dari Pihak Berkuasa Palestin untuk melindungi warganya?
Saed: Pihak Berkuasa Palestin saat ini adalah wakil penguasa, sesungguhnya mereka (Israel) adalah wajah lain dari penguasa, mereka (Israel) tidak peduli dengan darah orang-orang Palestin, mereka hanya peduli dengan urusan dan kepentingan mereka (Israel) sendiri.


S: Penjelasan yang luar biasa. Apakah tidak ada kehadiran Hamas dan Al Qassam di Tebing Barat?
Saed: Tentu saja ada, Hamas adalah kumpulan (penentang) utama dan penting daripada penduduk di Tebing Barat, juga ada sokongan yang besar bagi Hamas dari orang-orang Palestin di sana. Namun kerana diburu oleh penjajah Isreal, aktiviti Hamas berada di bawah tahap minimum.

Jika anggota tentera Hamas (di Tebing Barat) terdedah mereka akan segera membunuh atau menangkapnya.

S: Terima kasih untuk penjelasan yang luar biasa ini, bolehkah saya menerbitkan ini?
Saed: Tentu saja, tidak masalah


Note:
Memulakan perang di Palestin tidak boleh sembarangan, perlu diambil kira dengan teliti, kerana kesan-kesan dahsyat yang harus ditanggung, ingat ada beribu warga Palestin gugur akibat pencerobohan tentera Israel 2014 di Gaza.

Serangan dengan senjata berat akan menjadi alasan Israel melakukan penangkapan besar-besaran dan bahkan mencetuskan peperangan. Sementara saat ini belum ada negara Islam yang menyatakan sedia terlibat dalam peperangan terbuka menentang Israel.

Hamas mengawal di Jalur Gaza, dan Gerakan Fatah mengawal di Tebing Barat serta merupakan pihak berkuasa rasmi Palestin.

*Dialog ini sedikit diubah struktur ayat untuk memberi lagi kefahaman untuk para pembaca.
Sumber : laicikang.com

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.