4 Tahun Anak Kurang Dalam Akademik, Ibu Ini Tak Pernah Putus Asa Dan Akhirnya Ini Yang Terjadi
loading...
Bagi setiap ibu bapa sudah tentu mahu anak-anak mereka berjaya dalam bidang akademik. Namun, bila ada salah seorang anak yang kurang dalam akademik sudah tentu ibu bapa mula risau.
Bukan kerana tidak boleh terima kemampuan anak, tetapi takut anak-anak mereka gagal dalam hidupnya kelak.
Tetapi, setiap anak-anak pasti ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Perkongsian dari Puan Ainizan Abdul Talip ini sememangnya pendekatan lawan arus.
Ibu ini terus berusaha mencari tempat terbaik untuk anaknya selari dengan kemampuannya walaupun lemah dalam bab pelajaran.
MUHAMMAD ILHAM
11 TAHUN
Tuhan uji anak ini kategori sederhana. Kelas pun second last.
Usaha ibuayah hantar tusyen sama dengan kakak. Semua sama. XDE beza. Cuma yang beza adalah penerimaan ibu dan dia.
4 tahun baru ibu redha rezeki abang bukan dalam akedemik. Setiap kali tengok result buat ibu macam mata pontianak harum sundal malam.
Tengah tahun hari tu, masa jumpa tengok report card. Hati kau sebagai ibu berkecai. Memang result itu setiap kali dapat selepas exam. Menangis jumpa cikgu dekat setengah jam.
"camne saya nk buat anak saya ni cikgu"
Aku yang paling lama jumpa cikgu, sebab xde ibubapa pun selepas aku. Ibubapa juga double standart kan ank2... Mgkin dorang dah redho. Baik x payah gi, result sama!
Aku x bole! Anak aku. Takkan aku nk biarkan ank aku macam tu.
"Saya sehabis dah buat yang terbaik Apa yang kakak dia dapat, dia dapat. "apa saya nak buat lagi cikgu"
ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
"cikgu, boleh ke saya bawa dia keluar kat tahfiz, sekurangnya dia dapat 1 thn ni dari dia x dapat ape2.
Bermula situ, cari sekolah yang terbaik. Tanya kawan, tanya akak.
Last akak cakap, ko cari assofa. Start buat research sikit dan terus cal assofa. Bulan 9 ada interview. Isi borang online dan send.
Setiap hari berdoa " kau bagilah laluan ank aku sekolah tahfiz terbaik. X pernah lekang setiap kali berdoa.
Tapi alhamdulillah. Laluan dia sangat mudah. Sesi interview pun diterima. Ada juga murid yang x diterima. Tapi dah tertulis rezeki dia diterima di assofa.
Hari ini... Dada ibu sebak, sesak, ibu dah tahan dari tadi. Tapi hari ni ibu tumpah juga. Tumpah juga airmata ibu.
Sepanjang perjalanan balik dari seremban ke kajang, airmata xhenti nk mengalir. Ibu pun sama, ayah pun sama. Sama2 naik tocang.
Nasib tudung ibu membantu lap airmata dan hingus yang tumpah. Bukan nk pomote, tapi meterial tudung ni penyelamat sebagai tisu. Tisu xde....
Allah bg ujian anak ibu x cerdik, tapi ibu bangga abg boleh berdikari umur 12 tahun. Tak semua anak nak. Tak semua ibu tabah.
Allah... Doakan anak ini terus istiqamah menjaga agama mu.
Jadikan dia anak yang soleh yang boleh membawa ayah dan ibu ke syurga. Jadikan dia anak yang membantu seluruh keluargaku ke syurga.
1/1/2018
Tahfiz Rendah Assofa Seremban.
Ibu dan ayah.
Zulkipli dan ainizan