Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

''Budak Berak Dalam Kelas, Cikgu Jugak Yang Basuh" Tak Mahu Hargai Kami Sebagai Guru Banyak Sikit Pun Jadilah

loading...

Terima kasih cikgu. Berapa ramai ibu bapa yang mengungkapkan kalimah keramat ini kepada guru yang mendidik anak mereka? Betapa besar jasa seorang guru dalam mendidik, tak ternilai oleh wang ringgit.

Skop tugas seorang guru itu tidak terhad sebagai pendidik sahaja. Tidak keterlaluan sekiranya guru diibaratkan sebagai ibu bapa di sekolah. Segala teguran dan nasihat adalah dengan niat yang ikhlas.

Namun begitu, kerjaya guru tidak terlepas dengan cabaran. Di sekolah menengah, guru terpaksa berhadapan dengan emosi remaja yang memberontak, di sekolah rendah pula guru berhadapan dengan kerenah anak-anak kecil yang bermacam ragam.

Jika ditanya kepada guru, pasti ada sahaja kenangan yang tidak dapat dilupakan. Seperti pengalaman yang dikongsikan oleh guru ini dalam menangani kes murid lelaki tahun 1. Dia membuang air besar di dalam seluar, sampai habis kotor semua pakaiannya. Cikgu jugalah dengan rasa tanggungjawab  dan sabar membersihkan murid tersebut, memujuk supaya tidak menangis, juga menemannya makan.

Perkongsian daripada Cikgu Mohd Salimi Ahmad melalui facebook, diharap dapat membuka mata ibu bapa dalam menghargai jasa seorang guru.

Jom kita baca di bawah.

Tadi kat sekolah ada seorang anak murid melayu tahun 1 waktu rehat duduk dlm bilik air menangis teresak2.. masa tu ramai murid2 lain dok keluar masuk dlm tandas..

So, cikgu2 kat situ bagitahu murid tu terberak dalam seluar, habis kena baju dan seluar dia...

Saya dan Cikgu Zul serta seorang lagi cikgu cina cuba bantu murid tu selesaikan masalah dia, alhmdulillah ada juga baju spare kat sekolah, baju t-shirt serta seluar pendek .. alhamdulillah, cikgu2 lain pun turut membantu..

Saya dan cikgu zul masa tu sama2 pujuk murid tahun 1 tu supaya jgn menangis,"Takpe.. man (bukan nama sebenar) tak payah menangis ye, bukan ada apa2 pun, sekarangg man masuk ke tandas, buka baju semua, bersihkan badan man, nnti dah abis keluar tukar baju lain ye.. nnti baju yg kotor semua letak dlm plastik ni, cikgu letak kat sini, ayah dtg nnti jgn lupa ye ambil baju ni bawa balik ye.."

Sambil2 dok tggu murid tu bersihkan diri, saya dan cikgu zul dok borak2 le.. budak ni menangis bukan sebb apa, sbb dia malu n takut kena marah tu.. cikgu zul pun menambah," tu lah, kita pun ada ank besar mcmni, kita kena bygkan kalau anak kita sendri kat sekolah jadi mcmni, mesti dia pun akan rasa sama mcm budak ni rasa. betul tak?"

Saya jawab : "yela , betul la tu, sbb tu, kita kena anggap anak2 murid kita ni sama mcm anak2 kita, kalau kita buat baik pada anak2 org, insya Allah kita juga akan dibalas mcmtu".. "saya masih igt dulu di sekolah lama, kes murid berak dlm kelas juga, waktu tu, mmg saya sendri uruskan, basuh bersihkan dia, dan bersihkn pakaian dia, luar dan dlm.."


Selesai semua, saya temankan dia mkn, sbb dia mmg belum mkn lagi.. masa mkn tu, dia jamah 2 3 suap je, saya ckp "knp sikit je mkn? Takpe, kamu mkn je byk2, xpyh takut, cikgu xmrh kamu xmasuk kelas lagi, sbb cikgu kelas kamu dh tahu tadi kamu tak mkn lagi, jadi kamu mkn je ye..

Lagipun kesian kat mak kamu bagi bekal bihun ni kat sekolah, nnti balik sedih dia tgok kamu mkn sikit je, tak abis, mesti dia sedih kan.. "then, dia buka balik makanan dia dan teruskan mkan, alhmdulillah.. lepas selesai tu saya sruh dia masuk kelas mcm biasa..




Yela, diorang ni kan masih kecil, sama mcm anak2 kita kat rumah, so, kat sekolah, guru2 le ibubapa diorang..

Harap2 ibu bapa kat luar, tak byk, sedikit pun xpe.. hargai guru2 di sekolah ye,ayela kalau ada tersalah silap sikit dlm mendidik anak2 anda, maafkanlah kami.. klau boleh bincang dan selesaikan baik2 di sekolah. . boleh kan?

Kredit
Siakapkeli.my

Sumber : Mohd Salimi Ahmad

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.