Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

PRU14 Dah Tak Lama ! Ini Buktinya Kalau Anda Tak Percaya...

loading...
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima senarai nama calon daripada beberapa parti politik yang bakal bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Tanpa mendedahkan nama parti politik berkenaan, beliau berkata, senarai nama itu diberikan untuk disaring bagi memastikan calon mereka bebas rasuah atau salah guna kuasa.

"Ada (parti) yang telah serah nama dan ada yang belum, yang telah disaring kita akan beri jawapan kepada parti.

"Ini proses sukarela dan tiada paksaan dibuat, ia untuk memberi keyakinan kepada rakyat terhadap calon yang dikemukakan untuk menjadi wakil rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Cina di Wisma MCA di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong. - Bernama 

Sumber Kosmo

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.